Wednesday, February 21, 2007

Angpow Tahun Baru Cina.

Kumpulan nasyid Al-Pandang Al-Timur.


"Uncle! Laju sikit uncle. Dah merah tu. Kasi lipat baikkk punya" Anak buah aku memberi yang empat orang tu bagi semangat.

Aku dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi menekan minyak. Vrommmmm!!! Vroommm!!!!

Tiba-tiba aku rasa aku tahu sebab apa Michael Schumacher bersara.

"Yeahhhhh!!! Uncle memang terer. Boleh masuk F1 ni" Anak buah aku terus memberi semangat.

Aku dah mula berangan aku patut ganti Alex Yoong pada musim A1 GP akan datang.

Tiba-tiba aku terpandang dua orang polis trafik. Tanpa rasa bersalah polis trafik tersebut saman aku kerana melanggar lampu isyarat merah. Ops sikap tiada rayuan atau diskaun polis tu cakap.

"Redha je uncle" Anak buah aku bagi semangat lagi. Juga tanpa rasa bersalah.

Tiba-tiba aku rasa macam nak karate tengkuk sorang-sorang. Bagi semangat konon.

3 comments:

akirasuri said...

ha ha ha redha dan tawakal ajalah.

PayaKubor said...

akira, aku redha dan tawakal dalam terpaksa.

Tok Ketua said...

Nilah orang tua-tua kata, kadang-kadang sokongan itu membawa rebah. Satu pesanan pada payakubor, ingat 3 ayat. Berhenti bila merah. Hahahaha