Monday, February 26, 2007
Dulu: 2003
"Hello. Cikgu PayaKubor ke ni?" Murid perempuan.
"Assalamualaikum. Ya saya. Kamu siapa" Aku.
"Cikgu, malam ni cikgu pakai baju kaler apa?" Murid perempuan.
Klik! Malas aku nak layan murid yang macam ni. Aku pasti murid tadi murid darjah 6 kerana malam itu aku ada kelas tambahan untuk tahun 6.
"Cikgu, saya tak paham soalan ni." Murid perempuan. Juga darjah 6.
"Macam ni. Bla bla bla." Aku.
Aku menerangkan soalan matematik tersebut di meja pelajar. Sedikit tunduk dan rambut aku 'jatuh' menutup dahi. Murid itu membetulkan rambut aku. Sempat pula dia mengusap pipi aku.
"Kauuuu!!! Fahamkan apa yang cikgu ajar. Bukan sibuk nak pegang cikgu"
"Saya geram tengok cikgu"
Aku mati akal seketika. Hampir tak percaya. Aku dicabul murid darjah 6. Hahaha.
Aku pernah cerita tragedi cabul di atas pada kawan aku. Reaksi yang mengecewakan. Kawan aku cakap, "kau nak cerita yang kau ni handsomelah. Banggalah tu."
Ya, aku tau aku kacak hahaha. Tapi aku tak bangga dingorat murid darjah 6. Aku rasa cukup malang. Murid darjah 6. 12 tahun. Belum dapat berfikir dengan betul. Paling penting aku tak berjaya mendidik anak murid aku.
Murid sekarang tidak sama dengan murid dahulu. Tindakan mereka kadang-kala di luar jangkaan kita. Mereka sudah terdedah dengan seks dan ada yang sudah menonton filem lucah. Melihat ibu bapa sendiri berjimak.
Sekolah rendah + usia mentah + tengok filem lucah = miang sebelum dapat berfikir dengan baik. Musibah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


28 comments:
Adakah aku akan marah jika Fazura atau Fasha Sandha yang mengusap pipi aku? Tak marah sikit pun. Jawapan aku muktamad. Hahaha.
hmm..tu kat sekolah bandar ke luar bandar cikgu? "hebat" jugak bebudak tu yek?
encik memang tak marah.. yang marah, ehem encik lah. tarik rambut, lapor polis, tup-tup kes tutup.
famous percuma!
saya buat-buat tidak kenal.
ha ha ha
moga cikgu jgn tergoda supaya murid tidak ternoda.
wah! cikgu payakubor! ha ha ha saya pun terasa semacam jek bunyinya.
oh oh budak-budak sekarang memang spastik sikit. beda dengan zaman kita kecik-kecik dulu [eh eh kita sezaman ke?]. ha ha ha. dulu dengan cikgu ada perasaan respect! sekarang perasaan tu makin susut, musut dan kusut. heh~
tumpang lalu...ikut pintu umah tok ketua ni tadi...emmm, pendedahan seks disekolah ni rasa2 kurang sesuai sgt utk murid di sekolah rendah...mungkin pendedahan tu sesuai yg di sekolah menengah...takut nanti diorg salah ertikan pulak pendedahan itu...emmm, ntahla...cikgu lebih pandai kan...hehehehehe...
ku,
sekolah kampung aku. Felda di Johor.
mek,
kalau bab tarik rambut, gado-gado tu, Rita dengan Lisda paling sesuai.
cik kema,
InsyaAllah. Aku dah serik nak baik-baik dengan murid perempuan.
akira,
kita tak sezaman. Aku si manis 17.
kita dulu jika rapat dengan guru sekali pun, kita anggap sebagai abang atau kakak. Pelajar sekarang makin berani. Berani tidak bertempat.
refflesia,
jika pendedahan itu berbentuk pendidikan aku setuju. Fokus kepada kesan seks sahaja. Bukan bentuk fizikal dan cara-cara buat seks!
p/s: aku mengajar sepuluh bulan sahaja. Mengajar tanpa ilmu pendidikan. Kemudian aku sambung belajar dalam bidang pendidikan. Pada aku sikit sebanyak aku pun silap juga.
cara pengajaran cikgu zaman skang perlu juga berubah mengikut peredaran semasa.barulah selari ngan trend budak2 sekolah zaman skrang.
tapi,aku cakap je pandai.nak implement x reti pun.hehe..
budak2 skang ni mmg advance... tu baru budak umur 12thn tu... ish ish kalau budak sekolah men agaknya lagi la "galak"...
alamak...malunya
hati2 ngan budak lelaki darjah 6 di sekolah kamu. Mungkin depa merancang nak pancitkan tayar kete kamu sbb "aweks" idaman mereka cuba ngorat kamu..
mr penyubiru,
hahaha. Aku pun pandai cakap je. Kutuk orang lagi aku pandai.
achik,
sekolah menengah jangan cakaplah. Ntah macam mana agaknya aku mengajar sekolah rendah lepas ni.
kak Luna,
kenapa tiba-tiba malu ni. Aku nak tumpang malu juga boleh tak. Kita malu berduet Tapi aku tak tau sebab apa kita malu. Malu saja-saja ke.
Kemat,
itu dulu. Tahun 2003. Penghujung 2003 aku sambung belajar sampailah sekarang.
Aku tak bersalah. Jangan main-main pancit. Tolonggg!!!!!
dulu dan sekarang berbeza. dulu cikgu adalah segalan2nya dalm bab memberi ilmu. Skang diaorang mudah dapat dari internet. Cuba tanya mesti budak2 zaman skarang pun dah ada blog sendiri. Aku??? masih terkial-kial. heheheh
wey!!si manis 17?ha ha ha..
opss kena hormat orang-orang tua macam payakubor ni..kita iyakan ajalah..hahak..
cikgu payakubor.. encik sudah tidak sesuai. kalau budak berkenaan baca blog cikgu, tentu dia tersipu-sipu.
errr... nama awak menakutkan ita.. txsss sudi g blog ita.. jgn jemu k....
tok,
kita kena canggihkan diri kita. Jangan sampai kita jadi cikgu antik ilmu. Tapi kau automatik akan jadi canggih jika kau belanja aku makan malam. Canggih sungguh idea aku kan?
akira,
hahaha.
mek,
kini aku bukan cikgu lagi. Dan gelaran yang paling sesuai ialah Tan Sri Yang Mulia Pengarang Jantung.
ita,
hahaha. Payakubor adalah port lepak aku ketika kanak-kanak. Nostalgia. Nama aku yang sebenar tidak menakutkan. Ianya kedengaran seperti nama buah.
sungguh bernas ideamu. Tp sebagai orang tua ko ko kena belanja aku dulu. Yang tua sayangi yang muda
p/s-satay sedap kan
hahaha. Kau jangan nak perasan muda. Kau tu sama dengan aku
mek paling muda. sebab dia baru tahun 2. sekolah kat sungai pusu.
Salam,
Aiyaya!! Sudah keterlaluan tuh. Aku dulu pun suka gak kat cikgu sbb sifat kebapaan dia tuh. Tp xla sampai buat sexual harassment lagu tuh huhu. Tu, pun ada ati nak ajar pendidikan seks di sekolah. Bukan apa, takut budak2 naif tu silap paham jer. Astaghfirullah..
*maybe diorang anggap yg diusap tu bapak dia kot ahahahaha.. PEACE..
Aku rasa ko terlalu hensem utk jadik cikgu. Hahs.. Apapun nasin baik murid pumpuan yang usap pipi ko. Kalo lelaki.. Ko memang super hensem..
walaupun anak berumur 12 tahun itu tertarik dengan cikgu paya, saya tidak akan tertarik dengan promosi itu untuk menghantar anak saya tuisyen dengan cikgu.
sekian.
p/s: patutlah ada cikgu muda bercinta dgn murid form 3.
mek,
aku tak paham komen kau.
nur,
aku sebenarnya tak mnganggap itu sebagai sexual harassment. Tapi aku cukup-cukup tak suka murid aku buat macam tu. Jawapan dia pula buat aku sakit hati.
fuad,
hahaha
wan,
saya sudah serik buat tuisyen. Ada sebab tertentu. Yang saya cerita itu bukan tuisyen. Kelas tambahan. Maksud saya anjuran sekolah dan tidak berbayar.
Saya menentang keras cikgu bercinta dengan anak murid. Tunggulah hingga murid selesai belajar.
payakubor dan tok..
saya muda lagi!!silalah belanja saya..ha ha ha..orang-orang tua kena hormat orang-orang muda..ha ha ha..
dude!
mana kau hilang?
digoda budak-budak kecik ke?
ha ha ha...
yalah.. encik payakubor bz dengan apa yer?
hi.... salam jumaat dari ita... txsss....
Post a Comment