Kesihatan Kak Nah kurang memuaskan. Sekarang dia dirawat di Johor Specialist. Baru lepas menjalani pembedahan.
Kak Nah sekeluarga menetap di Lahad Datu. Jiran-jiran dan pekerja-pekerja di Lahad Datu menganggap Kak Nah mati hidup semula. Ketika Kak Nah sakit teruk, mereka membacakan surah Yasin beramai-ramai. Mereka sangkakan Kak Nah sudah tiada harapan.
Syukur. Umurnya masih panjang. Tetapi timbul pula cerita lain. Menurut 'orang tua bijak pandai' di sana, Kak Nah ditegur oleh moyang kami ketika kami melawat kubur arwah. Maka kami dikehendaki melakukan 'sesuatu'.
- Kami perlu buat kenduri arwah untuk moyang kami. Tidak menjadi masalah. Tiap-tiap tahun pun kami akan buat kenduri.
- Kami perlu hantar sepersalinan ke kubur arwah. Songkok, kain pelikat dan baju.
Syarat kedua ni masalah besar bagi kami. Boleh terpesong akidah percaya benda khurafat ni. Lagi pun, hahaha. Moyang aku tu perempuan la weh. Apa kejadah songkok kain pelikat segala. Hahaha. Sengal punya orang tua. Karut tahyul. Ayah Pin tul.


25 comments:
oh kak nah tu kakak ek?oh innanillah, mudah2an cepat sembuh.
eh kak nah tu sakit apa? apa kaitan dengan kena tego?ha ha ha orang tua kadang-kadang merapu jek lebih.
nota: sakit itu tanda Allah sayang pada kita ;)
eh bro! lupa plak..baru bertunang ek..tahniah tau!!kawen jangan lupa jemput. orang johorkan ;)
akira,
akak aku ada ketumbuhan dalam perut.
oit..mane kau tau aku baru bertunang.
memang karut.. ke dia yang nak pakaian baru? sebab tu suruh keluarga encik buat begitu. pandai nya dia. cuba letak dan intip siapa yang ambil selepas tu. letak cctv lah senang.
ha ha ha ada pasang spy tu tau bro dah bertunang :P
mek,
memang mengarut kan. Letak cctv kat kubur ye. Hahaha. Nanti aku panggil seekers.
akira,
kau memang misteri nusantara.
ha ha ha saya hanya misteri malaya ajalah.
oh oh saya skodeng majlis pertunangan incet andey kat itulah dekat cet elis punya fotopages.
ha ha ha.
kawen jangan lupa jemput!wajib!ha ha ha.
tak payah panggil seekers. rakam dan jual cd-nya. Projek jana duit yang best! hahaha
cik akira boleh la JV sekali...
Ni projek baru ni. Nak join gak. KIta ada team baru yang lawan seekers. Nama dia "Sakattt".
Ahli - payakubor, cik akira, mek n tok ketua.
Manyak untung woo kalau wat vcd. Kita jual kat kedai cetak rompak jer
Lawatan sambil belajar..
cantik la cadangan tok ketua. encik payakubor mana? ada masalah di mana-mana kubor?
akira,
jangan tak datang pula nanti
mek,
ya, aku setuju JV dengan akira. Dia jadi pelakon. Sebagai batu nisan
tok ketua,
kalau nak lawan seekers maknanya ahli perempuan kena lebih seksi daripada ahli perempuan seekers.
inqilaab,
kau ni mek kan?
rasso,
jalan-jalan cari makan pun takpe
Takkan nak ikutkan hantar kain pelikat tu kot? Ishkkk
Selamat bertunang eh. Jaga-jaga, sekarang ni darah manis. :)
Mana gambar fp nya akira? Meh nak tengok sekali :P
tidak berniat untuk menambah bilangan komen.. hanya untuk menjawab:
"Ya saya en payakubor."
ha ha
moyang perempuan tapi kene hantar kain pulicat cap gadja dan songkok?
satu perkara yg tak terfikir dek akal Ayah Pin
weh, aku dah link hang, nanti senang2 datang la lagi no..
jangan lupa bawak 7 kodi kain batik cap pokok kelapa. ok?
ha ha ha saya mahu bayaran mahal untuk watak batu nisan tu. ni filem bermodal tinggikan. ha ha ha..
kak wan..
tu ada fp si elis tu..a'ah la kak wan pokcik ni berdarah manis..silalah menderma darah..menderma darah adalah suatu amalan mulia [sila baca macam mister sammy sebut ek!ha ha ha].
blog payakubor semakin mendapat perhatian. nampaknya dia akan menguasai liga-liga juara musim ini.
cik akira mintalah 10m. Hidup senang lebih 7 keturunan nanti. Ingat senang ke nak berlakon kaku macam batu nisan? Eh eh buat modal kumpulan sakat sajalah! Tidak, encik payakubor tentu nak pinjam semula lepas ni... untuk pelaburan sakat seterusnya.
er... batu nisan satu je ke encik payakubor?
Team Sakat akan menjadi kenyataan tak lama lagi. Bajet dah ader.
Kalau 10m saya pun nak jadi batu nisan. Boleh kan??
wan,
darah manis ye..Aku selalu termalu bila orang cakap aku darah manis. Hahaha
kak luna,
aku pun dah link hang. Sebaya rupanya kita. Tapi aku tetap nak panggil kau akak
akira,
filem ni bajet ciput je. Bawak bekal jemput-jemput dari rumah tau. Aku tak sediakan makanan.
hahaha. Kalo ikut sammy, aku tak boleh derma darah. Sebab aku hanya ada teruna.
mek,
dapat perhatian apanya mek. Kita-kita juga
tok,
eh, bukan kau kata kau nak jadi mayat ke?
eh yer ker?? Ingat dah ada pelakonnya. Boleh gak tapi bayarannya mahal lah. Kena up siket
tok ketua, jadi mayat duk dalam tanah. kubor kat malaysia bukan macam kat mesir atau saudi...
saya tukang tengok... bayaran: 100m
err lebih-lebih pulak.
Bajet Kampeni Sakat ialah 500m. Sangat-sangat mengarut! Ayah Pin pun tak macam ni.
ha ha ha..ok saya jadi batu nisan, tok jadi mayat, mek jadi pokok kat tepi batu nesan dan bro jadi apa ek..emmm..oh oh bro jadi keranda..
ok..sett!!nanti saya bawak bekal cengkodong ngan kopi..perghh!!masyuk..
hmm..pakcik2 & makcik2 kat sini bg komen dah macam YM lak yek! berbalas pantun,hehe..
Post a Comment