Sunday, March 11, 2007

Dr PayaKubor.

"Assalamualaikum/selamat sejahtera. Saya doktor yang bakal merawat kamu. Saya Dr PayaKubor"

Apa yang kamu semua bayangkan? Pesakit itu terus koma atau terus mati. Nama yang sungguh tidak sesuai untuk seorang doktor.

Sebenarnya aku dalam proses untuk menyiapkan satu penulisan ilmiah yang berkaitan dengan 'balanced scorecard'. Dalam proses konon. Baru nak mula daaa. Tajuk yang aku pilih berkaitan dengan prestasi dan kualiti perkhidmatan hospital awam aka kerajaan. Walaupun aku sendiri tak puas hati dengan kualiti hospital awam ni, aku tak nak kritik dalam penulisan aku ni. Nanti tak pasal-pasal kena reject. Baru padan muka aku.

Pandangan kamu semua macam mana. Kadang-kadang terlalu menyedihkan kualiti perkhidmatan hospital awam ni kan. Ke aku je yang berpandangan macam tu. Oleh sebab aku tak nak (baca:tak boleh) kritik lebih-lebih, maka keluarlah ayat "dengan hanya wang sebanyak RM1.00 sebagai pendaftaran pesakit luar, kita mampu mendapat rawatan yang sewajarnya" dan "terbaik dari sudut value for money" dan bla bla puji bla bla puji tak ikhlas bla bla bala bala. Hahaha.

Tahukah kamu:
Sekiranya wang untuk menjalankan pembedahan tidak mencukupi maka pesakit akan di kategori dalam apa yang di kenali sebagai "conservative treatment". Pesakit akan di letakan di bawah kondisi perubatan minimum menunggu sama ada pesakit itu dapat sumber kewangan untuk pembedahan atau pun membiarkan pesakit itu di bawah rawatan "conservative" sehingga tamat hayat.

Dah masuk insurans ke belum. Dah insurankan diri sendiri, pasangan kamu dan anak. Aku juga perlu meng-insurans-kan diri ni.

p/s: Aku bukan pembangkang dan aku bukan ejen insurans.

20 comments:

Tok Ketua said...

hai doc.. Patut ler senyap jer sekarang. Ingat pi gali kubor mana ntah. Hehehehe

PayaKubor said...

tengah gali kubur sendiri. Kerja menimbun tapi baru nak mula buat. Cari penyakit betul.

zwitterion said...

hai dr payakubor..hehe.mungkin alasan yg biasa kita dengar; ramai sgt org, hospital kerajaan tak terlayan .
"conservative treatment". kalau org yg tak mampu..camna ni

zackyah fimiyun said...

salam..herm,menarik entry nie.sblm mrapu,diingatkn aku bkn barua kerajaan.

aku br ada 2thn pgalaman blajar d hkl y sibuk tu..jd aku tau gak selok belok cerita tu.aku pernah jd psakit demam tunggu 4jam&aku mjadi plajar doktor y kena maki tak pasal2 dgn (pt)pesakit.(ada gak pt yg baik lalu bbaik2 dgn kami..

mmg ada blaku ktidakpuasan hati di2-2 pihak.duit mmg jd mslh tp honestly,krajaan dah kasik byk sbyk dr cukai2 yg dkutip oleh rakyat jelata utk kesihatn.satu pt y ada pyakit DM (diabetes mellitus) takde complication pd ginjal,otak,jantung,mata,kulit etc tu amik ubat yg harganya dlm rm60+ sebulan.tu br sorg,brape byk psakit DM dlm negara msia tcinta yg suka mkn lemak nie?tu belum tmasuk kos dialysis utk buah pinggang yg kosnya rm2ribu.chest xray pun kosnya satu filem rm60 tp percuma...tu y xtmsuk si degil perokok&mat rempit y myusahkn smua org dgn sakitnya!nk bezakn harga pbedahn di swasta dgn krajaan?harga TAHBSO(buang rahim) rm118 di hkl tp di swasta rm3ribu+.

jika mahu tahu,aku kenal byk jugak pt yg dpt bantuan dari pihak zakat,makna,mac,jbtn kerja sosial hkl yg mdpt peruntukn percuma.pt2 tu smua takde duit langsung. xkurang pd pt y xdpt langsung.

utk mgatakn sistem ksihatn yg kejam.mmg kejam.sbb nmpk sperti krajaan ltk duit pd hiburn lalalala.klo xkasik artis,rakyat bosan pulak..mcne ek?tp MOH diantara yg plg byk dpt pruntukn sbnye tp stil xckup!

kau tau cerita bdk&tapak sulaiman?mn mungkin dpt selamat smuanya.diluar kudrat.kejam dorg suruh doktor keja 38jam secara trus mnerus.cuti pun dpt 8hari dlm 4bln (sabtu&ahad bkn cuti).kena mrh lg dgn smua gol manusia.gaji artis lg byk..

aku dah bebel byk plak.huhu.owh,jgn lupa..skrg hkl kena byr parking rm10 sehari.rm2 sejam...mari smua org jadik kaya&tak payah kayakan keta BMW&artis!...

kakLuna said...

aku memula nak citer ttg pglmn aku masa bersalin dulu, tp bila aku baca komen sblm ni..aku letakkan lak diri aku jd pihak hospital..penah jugak aku baca luahan doktor2 pelatih yang dlm blog dorang.

ntah la...setiap yang berlaku tu pasti ada punca iaitu -> tekanan <- yang memberi kesan kepada semua

cuma satuuuuuu je aku tak puas hati...tentang nurse..lebih sudu dari kuah dan sangat mahal dengan senyuman.

ada kawan aku, dulu lembut je orangnya, bila dah jadi nurse, amboi mulut...kenapa eh jd cenggitu?

akirasuri said...

doktor paya?oh terasa pelik panggilan itu..he he he..

emmm tapikan paya, kita harus bersyukur jua, kerana di Malaysia walaupun sistem kesihatan awam kita sangat teruk, sekurang-kurang masih lebih baek dibandingkan rakyat indonesia. bibik di rumah saya kata, di indonesia katanya, semuanya perlu dibayar, kalau tidak dibayar maknanya kita akan menghitung minit-minit akhir kematian tanpa rawatan..kesiankan :)

nota: saya juga bukan pro kerajaan.

PayaKubor said...

zwitterion,
pilihan yang ada ialah hubungi tv3. Dengan harapan ada yang sudi membantu. Itulah perlunya insurans. Supaya kita tidak terlalu meminta-minta. Tapi yang kerap menjadi masalah bila ianya melibatkan bayi

zackyah fimiyun,
masalah utama hospital kita ialah kekurangan doktor. Pesakit ramai & gaji rendah. Sebab tu tak ramai yang sanggup terus bekerja di hospital kerajaan. Tambah pula kelengkapan tak mencukupi, wad uzur. Mana tak doktor dan jururawat tertekan. Wad ni lagi satu hal. Ada pula kelas 1,2,3. Jururawat masuk kelas 3 macam singa, tapi bila masuk kelas satu terus jadi jinak. Tak semualah.

Aku sokong kerajaan terus kekalkan caj minima. Yang susah nanti orang Melayu.

Kak Luna,
Semuanya sebab tekanan kerja. Tapi memang nurse ni yang lebih-lebih dari doktor. Layan orang ikut kasta. Kalau kena tahan wad, tunjukkan lah kita berduit, kerja bagus. Layanan ok je.

akira,
jangan bandingkan dengan indon. Sana memang teruk. Hospital swasta sana pun jauh lebih mahal. Satu lagi, aku pro-kerajaan. Orang UMNO. Kritik tak semestinya pembangkang. Rupanya kita tak sekapal. Hehehe

izinni said...

errr kenapa perlu sebut samada pro-pembangkang atau pro-kerajaan?
pro-pembangkang tak elok, elok? pro-kerajaan elok, tak elok? btw ..kerajaan adalah milik rakyat bukan mana-mana parti. mereka yang menjadi menteri itu sendiri adalah penjawat awam. cuma rakyat je yang tak sedar membiarkan diri sendiri menjadi hamba penjawat awam. :)

berbalik pada kisah spital. 4 orang anak aku lahir di spital awam milik rakyat malaysia sebab aku kedekut nak bagi kroni2 kaya raya. Alhamdulillah semuanya ok, tiada masalah. Bila aku selidik ... rupanya satu perkataan yang menjelaskan pekerjaanku membuatkan semua jururawat dan doktor begitu mesra alam dengan aku! semua soalan aku mereka jawab dengan penuh tatasusila ... hahahhahaha ...aku gumbira!

akirasuri said...

paya..
saya bukan pro pembangkang, juga bukan pro kerajaan..saya hanya insan marhaen di atas pagar..mengkritik dasar jika perlu, memuji dasar jika bagus..saya terlatih untuk jadi begitu disekolah..kalau terlalu prejudis, saya tak akan dapat kuasai ilmu sekolah saya..ha ha ha..sampai kesudah walau ada ijazah masih buta dan tuli akan ilmu yang saya pelajari ;)

nota: ha ha ha saya naik kapal selam, hang naik kapal apa?

PayaKubor said...

kak izinni,
otak aku lambat sikit. Maksud akak kerana pekerjaan akak, akak dilayan dengan baik.

akira,
begitulah. Jangan jadi terlalu taksub.

Mek said...

Kalau di klinik-klinik desa, pesakit luar diperiksa oleh HA. tadak cek2 dah, tanya sakit apa terus tulis ubat. Senangnya kija!!! Dan orang macam saya, ubat itu hanya dibekukan di dalam peti ais. Nanti bila masuk tahun baru, ubat itu akan jadi habuan plastik hitam.

Pengalaman peribadi, asalkan sedara doktor pakar (ketua depa lerr), layanan terus 1st class.. silap hari bulan tak kena charge pon.. ini di hospital kerajaan. Sekali lagi, hospital kerajaan.

Kerana saya suka membazir ubat yang percuma itu, maka saya tidak lagi mendapatkan rawatan di hospital jika sakit. biarlah orang yang lebbih memerlukan dapat. Di kampus, mesti pergi klinik, kerana sudah bayar setiap semester... masuk dalam yuran tu... rugi duit PTPTN saya.

saya tidak ada insurans. dan saya bukan pembangkang. saya anak kakitangan kerajaan. =D

wan said...

conservative treatment?

baru aku tau.

p/s: kena reconsider insurans nih.

Mr PenyuBiru said...

bayaran kecik,perkhidmatan yg kita dapat pun kecik ler.mentaliti oh mentaliti..

nUr@dDeEn said...

Oh, kadang2 manusia dan sistem memang tidak adil.

Fuad said...

Conservative treatment ye nama dia. Aku ada member yang kejenya mendapatkan dana tu sebab jawatan dia pegawai kebajikan.

Doc, aku rasa perjuangan utk medapat servis terbaik ni terlalu subjektif. Kalo awek jual nasik lemak x senyum aku pasti komplen.

Malangnya spital ni tak byk macam kedai nasik lemak.

PayaKubor said...

mek,
bila dah hujung sem, walau tak sakit tetap pergi klinik panel. Mintak saja ubat-ubat yang biasa digunakan. Asalkan kupon klinik tak membazir.

wan,
aku pun baru tau, selama ni tengok kat cerita mat saleh saja.

penyu,
Yang mampu tiada masalah. Yang tak mampu bagaimana. Murahnya nilai nyawa.

nuraddeen,
manusia sendiri yang cipta sistem tersebut.

fuad,
mana pergi syarikat kroni yang kenyang dengan kontrak-kontrak hospital. Sumbanglah sedikit pada pesakit kronik yang tak mampu.

Kalau awek jual nasi lemak tu senyum manis, hari-hari aku beli nasi lemak dia.

izinni said...
This post has been removed by the author.
achik said...

kdg2 aku pelik sungguh kalau gi klinik gomen ni... menunggu gilirannya punyala lama ya amat... bila sampai turn kena check tak sampai 5 minit...

PayaKubor said...

kalau kat kampung aku masuk klinik desa tu memang lamalah. Berbual je yang lama. Ada je benda nak diborakkan.

akirasuri said...

dude..
bila hapdet :)