Saturday, March 3, 2007
Dunia Yang Satu Itu.
Gosip ni boleh dianggap sudah basi. Tapi tangan aku gatal nak menulis pasal isu ini. Nenek rambut dan otak karat tu pun dah digam setahun. Gam RTM saja.
"Setelah melihat kembali rakaman program itu saya sendiri terkejut dengan apa yang diucapkan oleh Rosnah Mat Aris. Saya mendapati apa yang beliau ucapkan itu adalah sesuatu yang terkeluar daripada norma normal masyarakat terutamanya umat Islam." Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin.
"Kak Ros rasa tidak adillah. Kalau Kak Ros tidak minta maaf dari awal, memang salah Kak Ros. Tapi Kak Ros awal-awal lagi dah minta maaf."
Tu kata pak menteri dan nenek karat. Apa pula kata kita?
Kata aku: Dulu kita marah orang Denmark. Kita boikot produk dari Denmark. Kerana mereka hina Rasulullah SAW dan Siti Khadijah. Aku rasa hukuman gam setahun tu tak cukup. Sepatutnya kita boikot terus artis macam ni. Biar jadi pengajaran pada artis yang lain. Tua kutuk tak sedar diri. Pengacara dan penonton pun sama bahlul. Siap gelak lagi. Gila ke apa. Orang hina isteri Rasulullah SAW, korang gelak apa hal. Seko2 dah mcm setan. Ah! Baik aku berhenti setakat ni sahaja. Nanti penuh pula maki hamun dalam blog aku ni. Mood maki hamun aku macam dipanggil-panggil je.
Kata Ustaz Aqil pula.
____________________________________________________________________________________
Aku menziarah blog Cik Akira dan membaca beberapa entry yang aku terlepas sebelum ini. Ah sudah! Aku telah di tag oleh Akira. 6 perkara pelik itulah.
Serba salah aku dibuatnya. Akira adalah kawan terawal aku selepas Tok Ketua dalam blog memblog ini. Begitu juga mek. Sebagai manusia, aku sayangkan Akira hahaha (pinjam ayat Ramli Awang Mursyid)
Beginilah, aku hormati Akira sebagai kawan tapi aku tidak dapat menjawab perkara tag itu. Aku bukanlah manusia yang pelik. Puas aku berfikir dan jawapannya tetap sama. Aku tidak pelik. Aku biasa biasa saja. Maafkan hamba tuan puteri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

24 comments:
dude..
1. ini khas untuk nek rosnah..
-kubur kata mari,
rumah kata pergi,
tapi masih tak sedar diri,
warna rambut warna warni,
perasan muda lagi,
padahal tua dah nak mati,
menghina Rasulullah sesuka hati,
minta-minta terampun dosa nanti,
janji Tuhan itu pasti,
tunggu ajalah saatnya nanti,
duduk kubur sempit enam kaki,
balasan Tuhan pedih sekali..
*moga Allah memberi petunjuk kepada nenek ni..amin..
2. dude..
terharu aku!!ha ha ha..oit!!nak mengelat ek :p..ha ha ha..tabiat pelik anda bukan suka skodeng ke?hahak..
*manusia itu tidak pelik, cuma unik aja ;)
Akira oOo Akira. Hehehe.
1. Puisi kau menarik sekali. Puisi spontan ke? Sedikit penyesalan selepas aku publish entry aku tu. Layakkah aku? Tapi begitulah aku, walaupun aku 'gitu-gitu' saja, aku tak suka orang menghina isteri Rasulullah SAW.
2. Hahaha. Tiada niat mengelat. Tapi begitulah. Aku biasa biasa saja. Tiada yang unik atau pelik. Eh! Ada. Aku selalu perasan kacak walaupun aku iras-iras dugong sembelit.
dude!
1. ya ya itu puisi spontan..kala saya sedang mengong mengadap incet thesis ni..argh!!tensi!ha ha ha..alah, 'gitu-gitu' aja, kurang-kurang kita tahu mana betul mana salah, kita semua juga sedang dalam proses memperbaiki diri sendiri bukan..
2. ha ha ha dugong sembelit tu camana?ha ha ha sejenis kacukan atau klon atau tabung uji?ha ha ha..*sedang membayangkan hang bermuka dugung+orang berak sembelit*..ha ha ha..
encik payakubor pun baca karya RAM? sudah baca cinta sang ratu? hahaha
kata-kata nenek karat. berkarat. ada sesiapa nak catkan dengan cat antikarat? bila sudah kering, kita jadikan maskot budi bahasa.
encik, jawab ajelah tag cik akira. kesian dia. hehe. jawab saja: pelik no satu, tidak ada. pelik no dua, tidak ada. dan seterusnya. walaupun tidak pelik anggapkan saja ia pelik. buat-buat pelik. erk!
akira,
Hahaha. Jangan bayangkan yang busuk-busuk.
mek,
aku dah baca kedua-dua novel cinta sang ratu itu. Baca dan jangan fikir terlalu mendalam. Bahaya!
Akira & Mek..terfikirkah kamu pada siapakah nenek itu perlu mohon maaf. Pada orang yang telah meninggal dunia. Seram aku.
memang seram... habiballah [kesayangan Allah] pulak tu. Dengan menjadikan nenek karat sebagai maskot budi bahasa, dia mungkin akan berubah. 50-50. Biarkan. Kita jadi saksi dia merayu-rayu nanti. Jangan lupa plak!
nama encik sudah seram. yang nenek karat buat lebih seram! hiii... lebih menakutkan dari hantu raya.
paya..
ya ya saya terfikir..yang dia hina itu bukan orang sembarangan, yang dihina itu kekasih ALlah..manusia paling dimuliakan..entahlah..sudahlah baginda sudah meninggal..nanti kat akhirat nak minta syafaat Rasulullah juga..entahlah..mudah-mudahan diampunkan dosa nenek tua itu..
eh dude..
aku nak tergelak la tengok hang buat muka dugong sembelit dalam gambar tunang tu..berdebar ke incet??ha ha ha..
anda semua berchatting erk. Baek guna YM. Heheheheh. Aku sokong apa yang korang sume tulis. Baguss
p/s-Tak suka isteri Rasul kita dimomokkan
salam cikgu PK
Itu orang sudah biasa cakap kasar. Itu mulut sudah laju macam keretapi letrik tapi itu akal sama laju dengan keretapi sinaran pagi. Tak synchronise. Itu pasal jadi itu macam.
Itu orang ooooo saya mohon Allah tunjuk jalan yang benar.
Salam kenal, salam ukhuwah di alam maya :) Membalas kunjung kiranya saya.
Moga Tuhan memberinya hidayah melimpah ruah.
mek,
jadi maskot kena pakai custom binatang tak.
akira,
1. mudah-mudahan
2. memang semulajadi dugong
tok,
hahaha. Orang yang sama je ke tok?
khairyn,
salam kembali.
nasib baik kau tak cakap dia tiada akal.
bunga rampai,
salam juga.
aku pun harap begitu.
p/s: terima kasih atas komen-komen yang mendoakan nenek tu dapat hidayah, diampunkan, diberi petunjuk. Komen-komen kamu yang sentiasa mendoakan baik-baik membuatkan aku menyedari kesilapan aku sendiri.
tu la jadinya kalau cakap dulu baru fikir..
Aku betul2 pelik bile boleh compare ngan Ummu Mukminin. Kalo compare nak merendah diri boleh la terima, tapi compare nk tunjuk setarafnya dia. Adui2.. Moga dibukakan pintu hatinya sebelum tiba saat itu.
Kelakar lak baca komen2 nih.
Akirasuri - eden pun nak menghabiskan tesis nih. Supervisor cakap patutnya dah masuk Bab 4, kita baru nak karang acknowledgement. :P
Cikgu, kita marah sungguh kat nek ros tu. Dan kita marah kenapa dia tidak digam terus. Mulut celupar.. buat salah pada manusia, takkan hilang dosanya sampai orang tu maafkan. Inikan pula Rasulullah saw dan isteri baginda.
Tapi, tindakan RTM tu mcm utk elak kita kutuk2 dia aje. Cam takde makna.
Melayu mudah lupa. Tahun depan sure nek ros dapat award lagi.
kak wan..ha ha ha samalah kita..ha ha ha..sakit jiwa mikir tesis ni..
maskot budi bahasa tak perlu sarung binatang. dia hanya perlu berpenampilan dan bercakap dengan budi bahasa budaya kita. rambut bagi warna uban -- campur itam putih. pastu taruk selendang. pakaikan kebaya batik. oh, macam senang..
achik,
bak kata khairyn, mulut lagi laju dari akal.
fuad,
tang mana lah yang setaraf tu ye.
wan,
kau buatlah tesis pasal nenek ni.
akira,
Kau memang gila
mek,
berani ke kau nak pakaikan. Nak mampos!
lepas kena gam,seme mengelabah. takut duit x masuk. itu yang diorang takutkan. patutnya, mereka perlu sokong keputusan itu dan masukkan nenek karat tu ke pusat pemulihan akhlak.
tak kuasa nak perah otak buat tesis pasal nenek ni.
semalam, rtm cadang nak tarik balik ban tu. ntah ape2. selamat dunia ajerlah nenek oiiiit.
Salam perkenalan payakubor ..
Naik seram pulak taip nama ni :)
Manusia sekarang sudah alpa.
Lupa ajaran tok guru .. atau mungkin tak pernah berguru tak taulah!
Kisah ini mengingatkan saya pada seorang ustaz yang sedang menjalani praktikal mengajar. Seorang pelajar menegur "Ustaz, bukankah Rasulullah itu tidak boleh digambarkan dengan lukisan?" tatkala ustaz itu sedang melukis 'orang lidi' di papan hitam sebagai medium penyedap cerita sirah yang sedang disampaikan. Konon2 itu junjungan mulia. MasyaAllah!
p/s: nenek saya tak kaler rambut
slalu gak nampak mokcik rambut perang tue kat sini.....
ptg cikgu paya.... :-)
weh akira ngan paya nih chatting ker? hahaha..
Itulah beringat sebelum kena. Tapi kalo dah kena pun masih tak ingat2, chess, tanam jer hidup2. Macam tak ada agama plak. Nauzubillah!!
Kamu pun suka novel RAM yer. Hoyee!
"dah tua nak MAMPOS!"
konfiden je .. pastu nyesal tak sudah. kesian pun ada.
selain si senah ni, manusia2 yang galak dok provoke tu pun patut digam jugak!!
Post a Comment