Monday, March 19, 2007

Hari yang penuh berbunga.

Hari ini, hari aku di mulai dengan satu semangat baru. Tiba-tiba aku rasa bilik aku penuh dengan bunga-bungaan. Bunga ros putih di sana, ros merah di sinun. Di mana-mana penuh bunga. Semangat sedang ingin bercinta datang melanda. Angin rindu melanda jiwa. PJJ lah katakan. Cewahhhh!!!

Maka bermulalah episod bermanja-manjaan. Muah sana muah sini & last skali good nite baby. Hahaha. Nak muntah ke kau orang baca.

Aku sebenarnya rasa bersalah. Aku sibuk kebelakangan ni. Akibat suka tangguh kerja. Aku tak dapat layan dia macam biasa. Tapi dia paham. Aku sangat sangat sangat menghargainya. Walaupun carmen soo tu cun & seksi, tapi tunang aku yang paling best. Kena tukar wall paper ni.

Tapi tiba-tiba...

"Mula-mula kena wat penulisan ilmiah. Dah ok yg tu kau kritik jurnal lak. Last skali baru kau wat proposal research kau tu. Lagi 1, asmnt isu hantar minggu ni" sekretari tak rasmi aku melaporkan dari tempat kejadian.

Semangat aku hilang. Bunga ros bertukar jadi bunga tahi ayam. Terasa macam Hang Tuah yang di'kasi'. Dikhatan tanpa meninggalkan sebarang sisa. Buang habis. Ohhh!!!!









23 comments:

izinni said...

haaa tu la. suka benor bergelumang dalam paya .. hehehhe
good luck! :D

izinni said...
This post has been removed by the author.
izinni said...
This post has been removed by the author.
PayaKubor said...

hahaha. Itu aktiviti zaman sekolah rendah. Dan paya kubur tu lah tempat aku berkubang dulu-dulu.

mek said...

imaginasi sekali lagi? adehhh..

wan said...

LOL aku bila tengok muka lelaki last sekali..

ps: PJJ la best. Baru betul rindu dendamnya.

Izariza said...

paya kubor,

cikgu buat pjj di mana?

PayaKubor said...

mek,
bukan imaginasi ni. Kisah benar. Layan jiwang

wan,
ya..memang dah tak sabar nak balas dendam.

izariza,
err..aku full time student. Percintaan jarak jauh. Menjawab soalan ke aku ni

zwitterion said...

ooo..

akirasuri said...

hahak.
gd lux! ;)
PJJ yang tak jauh sangatlah kan :)

kemat said...

Biar jauh baru terbit rasa rindu, terlalu dekat hati ini mudah jemu

izinni said...

kemat,
kalau macam tu hang kena kawin jarak jauh. hehehhe

PayaKubor said...

zwitt,
aaaa

akira,
tak jauh..tapi kalau dah rindu tu seberang jalan pun rasa macam seberang laut. Kalau dah benci, depan mata pun macam tak wujud

kemat,
setakat ni belum pernah rasa jemu. Aku sokong izinni tu kemat. Operasi risikan apa cerita? Eh, dirisik..Hang ni lawak la kemat

tedungS said...

kawin jarak jauh torture oo.. seminggu je boleh tahan, pastu merangkak biawak heheh

kakLuna said...

kawin la cepat wooii...

PayaKubor said...

tedungs,
ni yang aku nak ketawa jahat ni. Aku ingat kalau yang duduk dekat-dekat je merangkak. Tak boleh nak berdiri. Hahaha

Kak Luna,
hek..lum mampu la kak. Takat mampu yang satu tu baik tak payah kan. Seksa anak orang je nanti

zackyah fimiyun said...

owh, paya...kamu memang kompleks ya?

p/s:seksa gak kalau tak kawen..seksa jiwa!erm,aku myokong penuh kau kawen...nanti aku datang kenduri kawen kau bawak hadiah dari carefour sambil abeskan mknn kenduri.hahaha...

Tok Ketua said...

patut ler aku ada bau jer. Rupanya penuh dengan taik ayam.

PayaKubor said...

zackyah,
kompleks? kompleks macam mana.

tok ketua,
hahaha. Itu bau air freshener bilik kau. Hampeh

zackyah fimiyun said...

shopping kompleks?

Tok Ketua said...

air freshner bilik aku bau baek punya. Bau stoking tak basuh 2 minggu.

akirasuri said...

dude.

bila nak hapdet :D
kau bz dalam berbunga ke?
he he he.

PayaKubor said...

zackyah,
cis..kau samakan aku dengan bangunan bertingkat-tingkat tu

tok ketua,
hahaha..boleh hidup ke macam tu kawan?

akirasuri,
baik cikgu..sekejap lagi aku hapdet. Ambik berkat subuh.