Thursday, March 8, 2007

Imaginasi.



Seekor makhluk asing dipercayai telah keluar dari perut bumi di Guatemala. Makhluk asing ini berbadan besar, berupaya mempengaruhi fikiran manusia dan memasukkan objek ke dalam badan manusia. Anda di Malaysia di nasihatkan berhati-hati kerana makhluk asing ini dipercayai telah sampai di Malaysia.

Setakat hari ini, dua orang rakyat Malaysia telah menjadi mangsa. Fikiran salah seorang pegawai JAIS telah dipengaruhi dan melakukan perkara yang beliau sendiri tidak rela.

"Fikiran saya seperti dipengaruhi oleh sesuatu ketika itu. Lantas saya meminta wanita yang sedang saya soal siasat melakukan seks oral sebanyak 3 kali. Percayalah, jika saya sengaja, pasti saya minta wanita itu lakukan sebayak 30 kali. Cun wooo. Tak boleh tahan wooo. Saya percaya saya dipengaruhi makhluk asing tersebut dan saya ucapkan jutaan terima kasih kepadanya"

Wanita bertuah itu berusia 23 tahun, yang bekerja sebagai operator pengeluaran dipaksa melakukan seks oral tiga kali ketika berada di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak Timur, Taman Keramat, selepas ditangkap kerana didakwa berkhalwat pada Ogos tahun lalu.

Seorang lagi mangsa, pelajar tingkatan empat di Manjung turut menjadi mangsa makhluk asing tersebut. Makhluk asing itu telah memasukkan seekor tikus ke dalam perut pelajar tersebut. Pelajar itu telah terberanak ketika itu juga. Akibat ketakutan dan panik yang amat sangat, pelajar perempuan itu telah menyimpan tikus yang dilahirkan ke dalam beg sekolahnya.


"PayaKubor oOo payakubor. Jom pergi makan"

PLOOOP!!!!!

16 comments:

mek said...

La.. buang aje lah tikus tu. karang dia makan beg sekolah pulak.

err, silakan makan. jangan order lauk tikus sudah...

zwitterion said...

hmmm..

PayaKubor said...

mek,
makin hari makin ramai pula berita tentang pelajar sekolah bersalin tanpa bidan. Dalam tandas la, dalam kelas la, ni terbaru dalam bilik rawatan pula. Alahai...

zwitterion,
hmmm juga...

akirasuri said...

saya kurang kefahaman membaca ini entri daaa..ha ha ha..layan!!!

PayaKubor said...

akira,
Tak faham tak apa. Kau layan je lah imiginasi aku baca suratkhabar. Hahaha

izinni said...

errr .. typo error atau memang ber"imiginasi" perkataan itu dieja sedemikian?

jahat betul makhluk asing itu. patut ditangkap dan dibenamkan di tandas2 awam tanah malaya ni.

Mek said...

err nampaknya kena tambah subjek lah di sekolah macam tu. Selain kaunselor, doktor-doktor juga perlu dihantar berkhidmat ke sekolah-sekolah. err bertambah lah bajet kementerian pelajaran... macam ni kuranglah bajet buat filim.

Bunga Rampai said...

Salam,

Baca. Cuba memahami.
Anda membuat saya berfikir, dan terima kasih untuk itu.

Moga ceria selalu ;)

PayaKubor said...

izinni,
terima kasih atas teguran. Sepatutnya imaginasi kan? Terkeluar pulak ejaan dolu-dolu.

mek,
Jangan ada cadangan edarkan kondom di sekolah sudahlah. Macam mana pelajar tu sembunyikan perut sepanjang dia mengandung. Sedar-sedar dah beranak. Letak bayi dalam beg pula tu. Mati lemas. Kesian.

bunga rampai,
semoga kamu juga sentiasa ceria.

kakLuna said...

nak citer lebih2 pun..anak orang..esok2 anak kita pun remaja juga...environmet ntah mcm mana masa tuh..

yg dh berlaku ambil pengajaran, yang dikendong di tangan ni, didik betul2 terutama didikan agama dan bg kasih sayang secukupnya.

jaga mak, jaga mak, jaga mak(ending yang pelik sungguh, kan?..)

PayaKubor said...

kak luna,
betul juga ek. Aku sesedap rasa je tulis. Ntah anak aku macam mana la nanti. Tiba-tiba rasa seram.

ya bang, ya bang, ya bang(sambil nyanyi lagu penawar rindu)

tedungS said...

haha
mati2 aku igt cerita ko tu btol

zackyah fimiyun said...

huhu...

usah usia muda..yg cerdik pandai malah dapat A1 pun asek beranak tikus...tp lebih advance,dorg reti nak mutasi tikus tu jd lain sikit.

huargh...aku hidup di akhir zaman...

Izariza said...

Berfikir sesaat lebih baik dari beribadah seribu tahun..

PayaKubor said...

tedungs,
merapu setelah baca berita yang merepek.

zackyah fimiyun,
ya..akhir zaman. Anak sendiri pun layaknya macam anak tikus.

izariza,
aku nak termenung dalam bilik termenung.

nUr@dDeEn said...

Hahaha.. donia akhir zaman. Sket2 lagi neh baca plak, sape remaja yg still ber'dara' adalah ketinggalan zaman. Dan penjualan kondom macam goreng pisang panas. Mat rempit / Punk/skinhead adalah calon menteri. Hahaha.. Shilake tol!!!