Sabtu lepas aku pergi dengar ceramah di kampus. Sehari bersama pakar. Menarik juga ceramah tu. Bila aku kata menarik tu, menariklah maksudnya. Sebab aku memang susah nak pergi dengar ceramah dan kebanyakan ceramah yang pernah aku hadir langsung tak menarik minat aku.
Ketika sesi soal jawab, ada pelajar yang bertanya pasal Multi Level Marketing (MLM) ni betul atau tidak dan contoh yang diberikan ialah empay (betul ke aku eja empay ni). Sama seperti penceramah, dia percaya MLM tu betul, aku pun percaya juga. Tapi sayangnya penceramah tu tak sentuh pasal empay. Kamu semua pernah dengar pasal empay? Kamu percaya empay?
Di sekolah aku ini, virus empay pernah hangat melanda. Ramai yang masuk. Aku seperti biasa tidak mempercayai pelaburan yang menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi dalam masa yang singkat dan pelaburan yang kita tak tahu hujung pangkal di mana duit kita nak dilaburkan. Satu ketika dulu (lama dulu) aku pernah percaya tetapi sekarang tidak. Kamu promotelah bagai nak rak, janjilah bidadari syurga, pasti aku tetap tidak percaya. Kalau kamu promote juga dan bila aku sudah mula menyampah, aku akan katakan “kau tau tak pelaburan macam ni haram”. Jangan sampai aku yang jahil ni bagi syarahan agama. Pedih telinga kamu nanti. Pada aku kalau nak kaya kita mesti kerja. Tiada jalan singkat.
Dulu ketika aku ROS di sekolah menengah, virus swiss cash pula yang melanda. Ramai juga kawan-kawan aku yang terjebak dan akhirnya terbukti swiss cash tu karut. Yang aku kesalkan, ada yang aku dah bagitau, swiss cash tu tak betul. Mereka tak percaya dan akhirnya, padan muka. Hahaha.
Tapi yang paling aku kesal, ada dikalangan orang kita ni dah kena tipu pun masih tak sedar-sedar lagi. Macam seorang kawan aku ni. Dah terang-terang kena tipu, terang-terang dia dah rugi pun dia tetap percaya yang ‘benda’ tu betul. Dia percaya cakap orang atasan dia kenapa ‘benda’ tu ditutup. Aku nak je pegang kepala dia, goncang kepala dia dan jerit kuat-kuat “Oiii Melayu! Bangunlah oiii”.
Yang aku paling hairan sebenarnya, penipuan-penipuan macam ni dah banyak sangat masuk suratkhabar tapi kenapa masih ramai orang kita yang kena tipu. Kenapa? Aku pelik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

26 comments:
wah! cikgu kubor! setelah bercinta. ha ha ha.
oh ohh. saya memang tak percaya dengan segala jenis pelaburan yang saya kelaskan sebagai skim cepat kaya [baca: walaupun namanya disedap-sedapkan dengan macam-macam nama omputeh bagi menyedapkan pembunyikannya]. bagi saya. segala ni semua tipu. MLM itu juga saya tak suka. ya saya tak suka. semua. cari duit tiada jalan pintas! kalau ada jalan pintas, akhirnya nanti jadi litar pintas. percayalah!
tapikan. golongan yang banyak tertipu dengan skim-skim ni semua orang berpendidikan. ada pendidikan formal tapi senang kena tipu. dush! apalah.
Oit..apa kena mengena setelah bercinta dengan entry aku ni. Kau tengah angau ke?
Lagi satu, hati-hati dengan pelaburan forex, komoditi dan saham luar negara. Ni pun banyak yang tipu
Skim cepat kaya... ini hal nak kaya. Lagi satu, linguaphone. Cukup marah dengan orang-orang itu.
Nak dapat duit, bukan perkara senang. Suruh habiskan senang-senang? Duit tu pulak, bukan biasiswa. PTPT[ipu]N yang kena bayar riba'.
orang-orang yang ditipu hidup-hidup tu bukan apa, dah kena pukau.. haila..
Salam En "Payakubor"(pasai ler...kau pilih nma ni..mremang bulu kat tangan nieee..ishhh~~)
manusia nie...bila lihat keuntungan dah d dpn mata, tentu tamak di buatnya.lantas invest lagi big amount.Tpi ada dgar tak pasal Dinar iraq? jual beli direct dr Bank Negara(entah btul k tak).Apa pndangan kau??
mek,
linguaphone tu berkesan ke mek. Aku dengar cerita boleh tahan mahalnya.
ila,
pada pendapat akulah kan,dinar iraq ni macam pelaburan mata wang asing lain juga lah. Cuma orang lebih yakin (yakin untung) sebab iraq ni banyak minyak, maka ekonomi iraq dijangka cepat pulih. Bila dah pulih mesti dinar iraq naik gila-gila. Tapi jangan terbeli dinar iraq lama sudahlah. Tak laku.
oitttt..
dinar iraq tu jangan cayalah..ha ha ha..kau nak tahu berapa kebarangkalian untuk iraq tu naik semula?ha ha ha aku rasa iraq tak akan naik semula, sebab iraq tu kambeng hitam US, untuk korek black gold kat sana..kau tak percaya, sekarang ni si EXXON tu tengah bermaharajalela korek black gold kat iraq..siapa bagi kuasa?kau paham-paham ajalah..ha ha ha..
dude!..kau nak id ym saya atau kau mahu no tepon saya ek?
uikksss .. empay ke ompay ke langsuir ke .. semua tak boleh percaya. yang bagusnya semua yang galak masuk benda ni manusia Melayu. heheheh .. orang2 dibelakang usaha duit segera tu pulak BUKAN Melayu.
budak2 kat opis ni pun dah gila empay .. siap ngayat aku. aku kata kalau korang sanggup duit tu jadi darah daging korang ngan anak2 korang, teruskan lah! jhejjejee .. sampai la ni depa tak syorkan apa2 lagi kat aku.
akira,
betul tu akira. Aku tak nafikan. Melabur dalam dinar iraq ni besar perjudiannya. Aku menjawab dalam konteks urusniaga dengan bank negara, legal. Tak macam swiss cash, illegal. Invest dalam forex memang berisiko tinggi. Tapi kalau nak invest juga, hati-hatilah. Macam aku cakap sebelum ni, forex, komoditi & saham luar negara banyak yang tipu sekarang ni. Maksud aku illegal. SC tak luluskan. Yang ni kompem kalau masuk rugi.
Bagi aku id ym jelah. Aku kemut kredit!
izinni,
kadang-kadang kita kena keras sikit. Biar orang tau pendirian kita
harga linguaphone tu buleh tahan. tapi yang tak setujunya membebankan pelajar. macam uia, dah ada course bahasa inggeris yang ajar A - Z, pelajaran, exam, bahasa bertutur sehari-hari pun english.. guna berbaloi lah jugak. ini terperuk dalam stor. membazir tak pasal. patutnya buleh la jual sebagai barang second hand pada junior... macam text book tu.. ye tak?
-komen dari pelajar yang belajar bahasa inggeris dari level 1 sampai 4 di UIA- mek la tu, sapa lagi.
ye,ye..akak pun tak percaya segala mcm uptrend ke apa ke..pembohong besaq smua tuh..
mcm Gores dan Menang dalam citer Gerak Khas..haha
dude!
kalau kau nak id ym saya, kau tengok kat profile saya. kat situ ada id ym saya. ;)
mek,
Kau bagi aku je lah mek. Bagi free
kak luna,
gores dan menang tu satu lagi parasit tu
akira,
ai ai sir
Aku nak je pegang kepala dia, goncang kepala dia dan jerit kuat-kuat “Oiii Melayu! Bangunlah oiii”.
try ko buat...aku nak nengok gambor ko pegang kepala dia sambil goncang2 tuh...jgn lupa amik gambor yer...
ohhh..yelah..paham2...
thans yr info:)
akira! kau ada sesape kawan yg t'beli dinar iraq tu ker??
yg aku maksudkan dinar yg baru punya
rafflesia merah,
hahaha
ila,
jawab akira..pakar ekonomi kita
p/s: invest dalam gold pun ok
salam.
kak ila..
saya tak pernah beli, mahupun terlibat pasal dinar iraq tu kak..kawan-kawan pun tak pernah rasanya join..kalau ada, mungkin di luar kepekaan saya agaknya..
emm akak berminat nak invest dalam dinar iraq tu ke? mesti akak ni banyak duitkan.. :) oh ohh saya cadangkanlah akak tak yah lah melabur dalam dinar iraq ni..dinar iraq ni bukan sejenis emas [walaupun dikenali sebagai dinar] tapi tetap diperbuat daripada kertas yang hanya berstatus legal tender [iaitu diberi nilai sebegitu-sebegitu tanpa ada ukuran sandaran dan nilai muka tidak setara dengan nilai yang dipegang]..
untuk lebih selamat dan lebih terjamin, akak labur dalam dinar emas. serius. memang menguntungkan. tambah dinar emas sekarang harganya sedang melambung. trend ni dijangka akan terus melambung disebabkan beberapa indicator dalam ekonomi.
kalau fiat money [dinar iraq]. tak ada intrinsic value. harga akan bergantung kepada demand and supply dalam monetary market. makanya, kalau ekonomi baek, maka duit akan melambung tinggi sebab demand terhadap wang tu tinggi. dalam hal iraq ni, demand tak mungkin akan tinggi dalam short term dan mungkin long term. ekonomi iraq mustahil naik sebab ada orang jahat sedang kawal iraq dari naik, depa tak nak kasi iraq naik untuk pastikan black gold tu dapat terus dikorek dengan sesuka hati kat iraq.
oh ohh ni sajalah kot saya boleh kongsi..mungkin akak dah tahu semuanya..saya sekadar berkongsi pendapat dan menjawab soalan dengan jawapan berjela..
pssttt: tuan rumah kau tak marah kan dude!
saya tak memiliki produk linguaphone tu. sebab kat rumah dah ada "linguaphone" bergerak. :D
skang ni family abg ipar aku semua dok gila benda ni... ada gak ajak aku tapi aku masih belum rambang mata nak jadi kaya cepat w/p adik kepada abg ipar aku katanya dah dpt RM19k sebulan ( kononnya )... aku pun mmg menyampah tul kalau org ajak aku join MLM... pastu kata "oh ni lain dr yg lain bla bla bla"
kita mudah termakan pujuk rayu.dan kita juga pandai memujuk rayu.sebab tu skim ni buleh wujud,masih wujud dan tetap wujud.kerana kita masih kelemahan tu.
"Money is the fruit of evil, as often as the root of it" - Henry
Fielding
Yang masuk skim2 tu semua adalah mereka yang telah 'dirasuk' oleh tamak.
Tiada jalan mudah utk hidup senang selain berusaha secara sah, halal dan lemak berkrim disukai ramai... (hehe, bab lemak tuh tak ada kena mengena tau!)
akirasuri tu kejenya penganalissi ekonomi ek..pandai tul dia mengulas isu2 nie..sori payakubor, komen pasal org lain lak kat blog kamu
bukan ko join bawah aku ker. Kata semalam nak masuk. Naper kata macam taknak masuk ni
tak pernah aku join bebenda gini, maupun MLM lain sesimple zhulian sekalipon.
Banyak senang kena tipu pasal tak alert. Ramai yg tak tengok berita tapi tengok AF. Ramai beli suratkhabar tapi lg ramai beli majalah sampah.
mek,
kalau lianguaphone bergerak tu cun, bg aku pun takpe
achik,
peh..19k tu
penyu,
belajar-belajarlah buat muka toya
cik kema,
betul..tiada jalan mudah nak kaya
kemat,
takpe..takpe
tok ketua,
syhhh..kantoi la mcm ni. Diam-diam la weh
wan,
aku tak berminat MLM sebab aku tak pandai pujuk rayu. Skim kayap tu lagi lah aku tak berminat
Memang cun, cikgu. Anak sepuluh. Laki satu. ha ha
Post a Comment