Wednesday, March 7, 2007

Kenapa? Tak Percaya?

Percayakah kamu:

1. Pelajar sekolah menengah yang tak tahu membaca akan gagal semua mata pelajaran ketika SPM tetapi tetap akan lulus mata pelajaran Sains.
2. Gred untuk dapat A1 bukan dalam lingkungan 80-100. Sesetengah subjek seperti matematik tambahan A1=60.
3. Jawapan yang telah dipadam atau dipangkah oleh murid tetapi masih dapat dibaca oleh pemeriksa tetap akan diberi markah penuh. Dalam kes ini murid biasanya ada 2 jawapan, jawapan yang telah dipadam atau dipangkah itu betul. Markah penuh tetap akan diberi.

Sumber aku dapat dari perbualan dengan beberapa orang guru. Ini terjadi sebab kerajaan nak buktikan keputusan tidak terjejas walaupun Matematik dan Sains dalam B.I. Akak aku pernah tanda soalan Matematik Moden (SPM) anak muridnya dan dapat markah 63 sahaja. Tapi bila SPM keluar murid tersebut dapat A1. Aku tak nak ulas panjang-panjang. Isu ni sensitif.

16 comments:

akirasuri said...

oh setahu sayalah..julat-julat markah tu memang akan sentiasa berubah dari satu masa ke satu masa..bergantung kepada jumlah orang yang bermarkah tinggi..

oh oh fakta pertama tu saya tak pasti..kenapa ek?

PayaKubor said...

Akira, aku seram nak cerita hal sebenar. Aku tiada 'telo'. Hahaha

Tok Ketua said...

kalau gitu dulu aku dapat c4 add math berapa erk markah aku

kemat said...

huh..patutla result bebudak sekarang dasat2..aku dulu study setengah mati pun susah nak dapt excel...err.. dulu tak der bantuan cenggini kan..

izinni said...

aku percaya. lama dah tahu tapi takde bukti sebab ramai cikgu dan cikgi kekurangan telo macam kamu. hehhehehe

demi nak buktikan diri betoi, masa depan budak2 diperkotak-katikkan. patutlah ramai dapat kaw-kaw .. tapi akhirnya senyap macam tu je. takde cerita langsung pasal budak2 cemerlang ni lepas SPM, STPM.

PayaKubor said...

tok ketua,
SPM kau guna sistem aggregat kan. Kau dah tua rupanya. Hahaha.

Kau jangan terasa pula, aku percaya C4 kau memang C4.

PayaKubor said...

Kemat,
Dulu-dulu memang susah nak jumpa keputusan yang luar biasa. Bak kata orang sekarang, budak-budak makin pandai.

Izinni,
Saya belum sampai tahap berani kerana benar. Dan saya pasti cikgi-cikgi memang tiada telo. Kalau cikgu ada. Hahaha.

izinni said...

errr telo depa ada .. dalam peti ais. ekekekke ..

Kalau takde sapa yang berani, abislaa standard pendidikan anak2 kita nanti.

Aku rasa sistem agregat tu lagi membuat aku teruja dari sistem sekarang. hehehhehe

mek said...

Saya percaya!

Yang pandai pun diberi skema jawapan... adeh!!!

sekali buat gerak gempur (betul-betul), ramai yang kantoi.. lagi sekali... adeh!!!

Tok Ketua said...

mungkin keputusan peperiksaan sekarang dijadikan percaturan politik pihak-pihak tertentu. GB/Pengetua nak naik pangkat, PPD tumpang bangga, JPN nak up n .....??

PayaKubor said...

izinni,
aku bukan tak sayang anak bangsa kita tapi nasib aku sendiri belum tentu.
Posting pun tak lagi izanni weh. Sampai masa insyaAllah aku suarakan. Tok Ketua pasti lebih berminat.

Mek,
Yang ni aku pun pernah dengar. Pelajar dapat soalan dan skema jawapan bocor dari pusat tuisyen

tok ketua,
Lebih teruk lagi, penanda kertas dipanggil kalau sikit sangat kertas yang dia tanda dapat A. Apa kes. Kalau dah tak layak dapat A, takkan nak bagi juga.

wan said...

Takut aku nak jawab.. kang Abg H marah. Tapi kalo ikutkan, kitorang yg jaga sistem ni, tau dah markah lulus nya berapa. And graf tu macam mana. Memang dipolitikkan semata.

Kesian kat bebudak ni. Sangka diri sendiri pandai.

Itu pasal lah kalau dapat 17A, 19A tapi .....

achik said...

mmm tu la tgk result budak2 skang dasat tu... pasni sape plak yg nak pecahkan rekod 19A1 tu ;p

zwitterion said...

dah lama tau.."diorang" boleh set apa sahaja.

PayaKubor said...

wan,
Itulah wan. Yang tak bestnya bila orang mula pertikaikan kenapa asyik orang Johor je yang dapat 17 & 19 A1 tu.

Achik,
tunggu anak aku pula dapat 23 A1. Hahaha.

kakLuna said...

ni yang tak syok dengaq ni..tapi tak dapat buat apa..

harapkan pagar...padi makan pagar..hehe