Aku tertarik dengan berita muka depan tabloid KOSMO! yang bertajuk "Dekat Tapi Jauh". Berita mengenai kehilangan 2 kanak-kanak perempuan yang sudah ditemui semula. Sebelum ditemui semula, pelbagai usaha telah dijalankan termasuk menggunakan khidmat 3 orang bomoh. Bab bomoh ni yang aku nak cerita sikit ni.
KOSMO! melaporkan seorang dari 3 orang bomoh tersebut memberikan 'tilikan' yang tepat dengan menyatakan mangsa berada berdekatan dengan sekolah. Budak-budak tersebut sebenarnya bermalam di rumah kawan mereka yang terletak 1 km dari sekolah. Wah! Hebat bomoh tu siottt. Tilikan tepat siottt. Takjub siottt..siottt..siottt.
Maka lepas ni berduyun-duyunlah manusia mencari bomoh yang hebat kunun-kununnya tu. Terutamanya kaki-kaki nombor. Aku kompem. Tengoklah betapa senangnya jadi bomoh. Aku percaya bomoh tu main tembak je cakap budak tu ada dekat-dekat situ. Ala, tu semua jawapan familiar seorang bomoh.
Teringat aku cerita abang ipar aku. Ada seorang bomoh tawarkan diri nak ubat akak aku. Tapi akak aku ada kat Johor. Bomoh tu kat Sabah. Bomoh tu cakap boleh guna abang ipar aku sebagai perantaraan. Maka dijampi-jampi, ditekan-tekan ibu jari kaki abang ipar aku. Tekan sekuat hati sambil soal siasat abang ipar aku. Konon-kononnya tengah soal siasat jin. Suruh jin tu keluar lah konon. Akhirnya abang ipar aku yang pura-pura jadi jin, jawap segala pertanyaan bomoh tu sebab dah tak tahan sakit ibu jari asyik kena picit je. Lepas tu boleh pula bomoh tu cakap jin ni jenis degil. Alahai…
Ya, tak salah jumpa bomoh. Itu pun salah satu usaha juga. Tapi entahlah, pada aku semua bomoh tu penipu.
p/s: sinambungan dari entry mengarut
Friday, March 23, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

20 comments:
di universiti tidak ada kuliah perbomohan. jika ada, tentu berduyun-duyun orang mohon. senang dapat duiiittttttt... tambah-tambah bila keluar kat surathambar.
ahli silap mata terang-terang menipu. dah tersilap tengok, nampak la macam dia sebut. haha teringat satu modul motivasi.
ini pun scene menarik.. siri kedua filim sakattt! nantikan..
bomoh?dukun?tukang tilik?siapa diorang tu?tak kenal pun..ha ha ha...
psssttt: nenek saya [baca: nenek sebelah mak saya berbangsa cina dan agama anutannya buddha] setiap tahun akan ke kuil menilik nasib saya. ha ha ha. bila mak cerita. terasa kelawakannya. macam-macam. tapi nenek kata saya ni anak bertuah! oh!
mek: ya ya ini boleh jadi sakat the movie II. ha ha ha.
mek,
kalau ada aku nak amik bahagian menaikkan seri wajah. Pasti ramai artis jadi pelanggan aku. Bolehlah aku letak syarat kena mandi bunga. Kau nak tak aku mandikan kau. Hahaha. Oit oit..Kasut tu nak buat apa. Nak baling aku ke
akira,
mak aku pun selalu cakap aku anak bertuah. Tapi time dia membebellah. "Bertuah punya budak".
Sekarang makin berlumba-lumba pembikin filem buat cerita hantu dan mistik kan. Mujur pameran hantu dah takde lagi.
ooo..aku memang tak percaya pada bomoh.Dah pernah jumpa bomoh yg kaki penipu.penyonglap duit dan kaki perempuan.dah tua pon tak sedar diri.
Mandikan encik? Saya campak masuk sungai kelantan saja. Berenanglah sepuas-puas hati. Jumpa buaya, berlagaklah sebagai pawang buaya. Boleh ganti siapa tu yang dah mati?Kasut tak perlu dibaling, sumbat saja stokin 'wangi' ke dalam mulut. selamat tenaga tak perlu sental. ha ha ha...
tapi!!! saya tidak mahu dikejar oleh ehem ehem encik... selamatkan diri saya dulu... :D
Ala.. serkap jarang jek tuh.
Sekarang pujilah bomoh tu, kang bila ada kes bomoh cabul orang, bomoh kena kutuk pulak.
mimi,
ada tak bomoh kaki jantan ek
mek,
ala...
wan,
kompem serkap jarang
bomoh2 ni x leh pecaya...
pelik la kenapa kat akhbar tabloid bahagian tgh selalu diselitkan promo 'bomoh'...tgk gambar pun dah mcm kurafat... ish!!
untung giller bomoh tu.tak payah masuk unibersiti utk dapat ijazah.siap ramai gila percaya kat dia.siap bole iklan kat suratkhabar (kalau lawyer atau doktor iklan,kena tarik lesen on the spot!)
tukar keja aah..picit jari org senang...hahaha
aku bomoh2 nie,kureng skit.
ps: err..konfius aku,ingatkan aku kat blog achik bila pandang kanan.
Kalau macam tu, saya pun boleh jadi bomoh juga hahahaha
pengerasnya dalam pound sterling ya hahahaha
achik,
kan achik. Takde social responsbility dorang ni. Iklan berbayarlah namanya kan. Janji duit masyukk
zackyah,
Jom kita tukar kerjaya doc. Aku nak jadi bomoh sakit puan.
penyu,
tak disengajakan. Lepas aku tepek baru aku perasan sama. Tak pun achik dah mandrem aku ni. Kuat gak bomoh achik ni.
khairyn,
kau demand. Aku bagi kau asam garam je sudahlah
oit!
kau praktikum kat sekolah perempuan? wah! saham kau bakal naik. pastikan diakhir praktikum, saham kau terus diniagakan tinggi. dan elakkan spekulasi pasaran dan diniagakan turun naik sepanjang praktikum. ha ha ha.
pheeeeeeewwwitttt!!cikgu paya!!eh kejap. cikgu kubor kot lagi sedap. nampak ngeri sikit :p
eh dude. kalau saya ada kat johor, boleh mintak kau belanja dan kau tolong bayar belanja makan saya tu sekali tak?he he he...
dulu ada kes orang tua hilang, jumpa sorang bomoh ni, memang dia tunjukkan tempat yang betul, cuma katanya, ada banyak setan yang buat orang yang cari tu tak nampak orang tua tu. Dia kemudian mintak mereka amek satu barang yang selalu orang tua tu bawak, sebilah parang puting, tunjukkan ke tempat tu. Esoknya, bila mereka kembali ke sana, mereka jumpa orang tua tu dah mati, kat tempat bomoh tu tunjuk. Keadaannya macam nak panjat tebing bukit tu. Yang peliknya, orang tu memang tak larat dah nak jalan, dan untuk ke tempat tu, perlu lintas hutan kecik dan jugak sebatang sungai, dan kolam juga.
akira,
Pstttt...selama ni saham aku tak naik ke. Laaa...sumpah. Aku baru tahu.
nak belanja? Bolehhhh...
pa'chik,
aku pun pernah dengar kes-kes bomoh yang boleh dipercayai. Tapi bila sebut bomoh, aku memang susah nak percaya. Pada aku carilah ustaz2. Tapi sekarang ni ustaz2 yang mengamalkan perubatan Islam pun ramai yang menipu juga.
abeh tu, cikgu kubor, siapa lagi yang boleh dipercayai? Diri sendiri?
dude!
kau punya saham diniagakan bercampur-campurlah. ha ha ha.
pssstt: kau duduk hostel all gal ke nanti?ha ha ha.
mek,
siapa lagi mek, Allah le. Tapi aku suka lah tengok perkembangan sekarang ni. Ala..pasal perubatan Islam tu.
Akira,
campur aduk gitu eh. Duduk hostel eh..Boleh dipertimbangkan tu. Hik hik hik. Eh..terketawa gedik pula aku.
dude!
ha ha ha memang gedik gelak kau tu. hahak. ehem! saya rasa guru pelatih pasti akan dibuli untuk menjadi warden lelaki. dan sekolah kau. sekolah all gal. dan kau lelaki. dan. kau duduk dekat dengan hostel perempuan-perempuan. dan. wah kau bakal jadi kegilaan dude!
bomoh2 ni tak percaya..baik cari ustaz
Post a Comment