Friday, March 2, 2007

Satu Penyesalan.

Kapal terbang MAS dari K. Kinabalu ke Sandakan agak kecil. Penumpang dikehendaki berjalan kaki dari terminal ke kapal terbang. Jaraknya dekat saja. Mohon kerusi roda untuk mak tidak perlu fikirku. Tambahan pula mak tak suka dilayan seperti orang sakit. Mak memang kuat semangat.

Berlepas dan tiba di Sandakan.

Mak susah hendak turun dari tangga kapal terbang. Tangga yang tidak tinggi itu pun berkali-kali mak berhenti. Mungkin mak keletihan ditambah pula dengan penyakit serta faktor usianya. Kesian aku melihatnya. Seksa benar hendak sampai ke bawah. Beberapa minit berlalu dan mak belum selesai turun tangga!!!

Seorang pramugari dan seorang staff MAS datang membantu kami. Pramugari tersebut bertanya dan menawarkan kerusi roda. Cakap melayu disulami english.

Lembut, ramah dan sentiasa tersenyum manis. Aku tergoda. Kebaya ketatnya membuatkan aku mula berimiginasi. Aku membalas dengan english sepenuhnya. Dengan control handsomenya. Dengan ulat bulunya. Dengan niat gitu-gitu. Hahaha.

Pramugari itu semakin ramah. Bercakap english sepenuhnya. Panjang lebar. Dan bersungguh-sungguh. Dan bertalu-talu bak peluru. Dan aku mula tak paham. Dan aku mula tidak tahu menjawabnya. Dan mula rasa tidak handsome. Dan mula rasa seperti ulat bulu disembur ridsect.

Aku tiada lagi niat gitu-gitu. Biarlah pramugari itu dengan kebaya ketatnya.

p/s: jangan berlagak pandai jika tidak pandai. Akibatnya kita kelihatan semakin tidak pandai.

9 comments:

mek said...

akhirnya encik payakubor muncul jua. rupa-rupanya dia pegi naik kapalterbang.

PayaKubor said...

Aku sibuk sikit sekarang ni. Bak kata mak aku, busy doing nothing. Kejadian seperti di entry tu berlaku dulu. Lama dulu. Zaman-zaman aku tak sedar diri!!!

akirasuri said...

ha ha ha lama dulu?
baru jek nak kutuk :p ha ha ha..
dude! orang sabah ek?

PayaKubor said...

Orang Johor. Kaunter mengutuk sentiasa di buka. Kadang-kadang kutukan ni perlu. Jika asyik dipuji aku bisa lupa diri.

Tok Ketua said...

ko merasa gak naek kapal terbang erk. Aku nak ajak ko gi makan angin nak? Uganda. Heheheh. Tapi tak ckp english, France

akirasuri said...

dude!
ha ha ha..kau buka kaunter mengutuk ya..ada caj tak??

wan said...

meh join akirasuri ngutuk2.. subjek kutukan kita ape eh?

Pramugari mas, kalau dapat yg baik hati n ikhlas melayan mmg ar best. Tapi dapat yang kerek tu rasa cam bengang jek.

PayaKubor said...

Tok,
Alamak! Uganda ke? Speaking France ke? Takpe, nanti aku bawa mr digi.

Akira,
FOC. Kutukan membina. Bukan kutukan terlampau kerana aku berjiwa halus. Sensitif. I Majuk nanti tawww. Hahaha.

Wan,
Kadang-kadang mereka ni penat bekerja. Orang kita pula susah nak beri salam dan senyum. Kalau kita senyum dan beri salam atau ucapkan terima kasih, pasti mereka layan kita dengan sebaik-baiknya. Percayalah.

nUr@dDeEn said...

He he.. len kali kontrol macho ar paya. Bukan dia taupun hahahak. Ko mengajar kat Sabah ker?