Friday, April 13, 2007

Kluang Terchenta

Kali ni aku nak cerita sikit pasal Kluang. Sikit je, kalau panjang lebar bosan pula orang membacanya. Kluang ni dapat asal nama daripada sejenis binatang. keluwang. Betul ke ni aku eja. Binatang ni ala2 batman tu la.





Oh..Sekarang Kluang dah maju sikit. Dah ada panggung wayang. Sebelum ni ada juga tapi yang jenis sebuah-sebuah tu. Tak best tul, tak suka aku tengok wayang kat situ. Sebelum ni kalau aku nak tengok wayang terpaksalah aku ke Batu Pahat. Semata-mata nak tengok wayang je, alahai... Kadang-kadang terpaksalah aku tengok CD cetak rompak yang sarikatanya ntah apa-apa ntah. Busuk tul orang yang translate tu ek. Janji ada sarikata je.



Yang ni pula kopitiam KluangRail Coffee. Lama dah kopitiam ni. Sejak dari tahun 1938. Terkenal dengan kopi yang harum dan roti bakar yang shedap. Sekarang kopitiam ni dah banyak buka cawangan di luar Kluang. Cawangannya sikit punya moden tapi kopitiam yang asal tetap simple. Nak kekalkan nostalgia. Kalau di Kluang, selalunya kamu kena beratur untuk dapatkan tempat duduk sebab orang ramai, tempat duduk tak dapat tampung jumlah pelanggan.



Gunung Belumut ni terletak dalam kawasan kampung aku. Airnya sejuk sangat. Aku suka mandi kat sini. Mungkin sebab tu juga aku tak suka mandi laut. Dulu sebelum masuk ke kampung aku, ada ladang teh. Ala2 cameraon siot. Tapi sekarang dah takde. Katanya nak buat projek perumahan pula.

Mak: Buku tabung haji induk hilang. Nak buat buku baru kena matikan stem kat LHDN dan perlukan saksi kata orang tabung haji.
(aku panggil mak aku induk)

Aku: Habis tu macam mana ni.

Mak: Kena buat buku baru la.

Aku : Induk nak orang balik kampung ke. Orang memang nak balik ni. Rindu pulak

Mak: Kau ada duit ke nak balik

Aku: Takde. Tapi kalau nak suruh orang balik mak masukkanlah...

Mak: Tak payahlah balik. Tunggu bulan 5 je la nanti.


Ceh! Tak sempat aku nak habis cakap. Mak aku dah cakap tak payah balik. Induk memang kijam. Kijam! Kijam! Kijam! Mencik! Mencik! Mencik! Aku je sorang yang rindu. Macam ni aku nak lari dari rumahlah. Membawa diriku yang kecik hati ini.

33 comments:

akirasuri said...

Salam.

huhu. dulu selalu lepak kat kopitiam tu bila turun dari tren. pagi-pagi. kopi dia. kaw! nanti saya datang kluang, kau belanja ngombe kopi ek cikgu..ha ha ha..

oh oh! suka dengan mak kau..jujur..ha ha ha..padan muka kat budak ni kan makcik. hahak. mencinya! :P

nota: induk tu bahasa bugis ek cikgu :D

izinni said...

hahahaha ... aku suka kekijaman induk hang. duk diam2 kat sekolah nun .. takde duit nak balik. ekekekke

kopitiam tu pernah masuk majalah3 kan?

PayaKubor said...

akira,
Belanja kau ye akira. Boleh. Jemputlah datang Kluang.

Dan induk tu memang bahasa bugis. Mak la maksudnya

Izinni,
A'ah. Pernah masuk majalah3 dan kau pun sama kijam

P/s: Mak kau cakap 20 hengget cukup untuk seminggu. Tak berasaplah aku

izinni said...

cukup aaa 20 hengget tu. hehehhe .. kalau nak berasap gak .. ko beli je mendealah tu .. tak payah makan nasik, lauk. nak nengok buleh idup ke dak. ekekkeke

PayaKubor said...

ah..kau memang kijam kijam kijam. Kalau aku tak berasap mana nak datang idea aku nak merapu di tugasan aku tu. Bole terima ke alasan aku ni

izinni said...

hehehehe ... cer buat rokok masak lemak, kari rokok, rokok masak tempoyak, rokok asam pedas, rokok masak kicap, rokok bakar, rokok kukus .. huhuhuhuhuhuhu

Mr PenyuBiru said...

haha..aparaa..dah besor panjang(panjang ke?) pun mintak duit induk lagik.hehe.. cantik no motor tu?

akirasuri said...

ha ha ha. kau ni, naga berasap jek. saya sokong induk kau. "makcik! give me ten!" hahak.

wey! kalau kau tak jadi naga berasap seminggu, agak-agak kau hidup lagi tak ek :P

PayaKubor said...

izinni,
ye la kak..aku kurangkan merokok. Aku lebihkan makan

penyu,
aku tak panjang. Bonsai. Hahaha. PTPTN aku dah habis. Terpaksa la aku mintak

akirasuri,
aku pernah cuba berhenti tapi tiba-tiba aku jadi pemarah

Mimi Amilia said...

meh lari ke UK...

13may said...

oh! teringin plak nak minum kopi tuh...

PayaKubor said...

mimi,
semputlah nak lari jauh-jauh

13may,
kau minum kopi tongkat ali je la bro

Mek said...

Lah~ cikgu... bawak-bawak lah berenti... tak berenti, takleh jadi cikgu disiplin. Heh!

Naga berasap... ya! ya! sokong induk... hikhikhik. Kekejaman kena pada tempatnya.

weAr said...

salam..
bkn sonang nk buat keje ltk sarikata neh.. ㅡㅡ;;;

zwitterion said...

eh..dulu sy penah praktikal kat kilang kelapa sawit felda kahang.
memang best arr lalu kat ladang teh on the way nak pi kluang.
penah pi tempat buat kopi tu, the store,cuma air terjun tu xpasti lak namanya.dah tak ingat.

PayaKubor said...

mek,
Aku tak nak jadi cikgu disiplin. Aku nak jadi guru besar

wear,
salam..memang susah tapi kalau yang pirate tu biarlah takde sarikata

zwitt,
eh..macam kilang sawit di kampung aku je. Di felda aku la. Ladang teh tu dah jadi sejarah

TedungS said...

nanti aku nk pg kluang la, makan roti bakar kopi tiam tu

zwitterion said...

aku dok kat kahang timur.masa tu tahun 2002

PayaKubor said...

tedungs,
jemputlah. Boleh singgah rumah aku. Aku belanja kuih bahulu bentuk ikan

zwitt,
heh! Kampung terchenta aku la tu

bang_gugar : said...

salam,
tu tmpat kluangman ke?..

(",)

BaYu SenJa said...

bayu pernah sampai kluang ketika Hari Keluarga INTAN buat kat INTAN Wilayah Selatan beberapa tahun dulu..

anak bugis said...

org bugis ke?..'aga gareba?'..lama dah tak pi kluang stlh meninggalkn zmn sek mmngh..

Pa'chik said...

oh.. kamu keluang man rupanya...

keluang man, keluang man, ke..luang man...

PayaKubor said...

bang gugar,
begitulah kiranya. Tapi aku bukan kluangman

bayu senja,
setakat ni sekali je aku pernah masuk INTAN tu. Tu pun masa sekolah menengah. Zaman-zaman aktif bernasyid. Sekarang suara macam dugong. Hahaha

anak bugis,
gareba madecing. Ya, mak bapak aku orang bugis. Mesti kau pun selalu kena cap lanun macam aku

pa'chik,
heh! Siap nyanyi2 pa'chik

Cik Kema said...

herm... kluangman tuh terer ke?

achik said...

best gak kartun keluangman tu kan... hehehe

ceh rindu konon.. padahal ada udang sebalik mee... hahahaha

wan said...

macam anak manja jek bunyinya..

PayaKubor said...

cik kema,
terer le kalo nak dibandingkan dgn keluang yang lain-lain tu

achik,
hahaha. Tau juga kau ye niat aku.

wan,
no komen. Hahaha

bang_gugar : said...

salam,
bila ko balik sana nnti.. klu jmpa kluangman.. kim salam kat dia, kata kuangman kim salam.. hahaha (",)

kakLuna said...

mcm best je gelaran Induk tu..

aha, kau nak Induk kau mcm iklan Fu yoh Digi tu kan?

mintak RM2 bagi RM2000?

haha..

Izariza said...

Oh oh .. kau bugis rupanya! Abis tu kenapa tak faham filem bugis ?

Dan oh oh .. aku rasa kau ni manja sangatlah cikgu paya :P

Fuad said...

Selamat melarikan diri dari rumah. Jangan lupa pakai helmet semasa melarikan diri tu. Ingatlah orang dan Iduk yang tersayang.

Mimi Amilia said...

oit..dah boring tgk kluang nih..hupdet!hupdet!