
Kadang-kadang apa yang digambarkan itu tidaklah seindah mana. Kadang-kadang apa yang diceritakan itu tidaklah sehebat mana. Mata dan telinga kita sentiasa terdedah dengan kebohongan. Apa yang kita baca, apa yang kita dengar, apa yang kita lihat tidak semestinya betul. Di musim-musim pilihanraya kecil ni sekali lagi Bursa Malaysia ditutup tinggi. Sekali lagi beramai-ramai ahli parti pembangkang masuk parti kerajaan. Kenapa? Tak percaya? Tak baik tau tak percaya. Parti aku tak pernah menipu tau. Heh! Ahli parti sendiri pun dah makin tak percaya dengan "korang korang" tau tak. Dah tu apa kena mengena gambar lalang atas tu. Cantik kan gambar lalang tu. Tapi jangan tertipu, tu lalang kat rumah aku (hasil lensa kamera teman serumah, luna aka Helmi). Di gambar saja cantik, keadaan sebenar tak cantik pun. Memang patut ditebas. Dibuang. Tapi gambar selepas dibuang. ditebas tak cantik.

Betul kan tak cantik (aku yang snap, sebab tu agaknya tak cantik hahaha). Tapi tak semestinya tidak cantik di gambar itu benar-benar tidak cantik. Yang mesti ditebas, diambil tindakan, kita kena buatlah. Kenapa nak dibiarkan saja orang masuk campur pasal agama kita. Sesuka hati suruh itu ini. Kita bukan taksub, bukanlah bangsa yang tidak boleh ditegur. Tapi semua itu berbahaya. Nak ditegur pun biarlah berpada, biarlah beradab. Tersalah kata, terlebih masuk campur boleh jadi rusuhan. Politik, macam-macam. Aku tak paham. Walaupun aku tak paham tapi aku tahu berpolitik juga. Macam entry aku yang sedang kamu baca ni. Konon-konon entry pasal isu semasa. Walhal aku berpolitik, sebenarnya aku nak bagitau seanterio dunia lalang rumah aku dah ditebas. Hahaha. Karam Singh Walia melaporkan untuk SCTV ngetop.

20 comments:
wahahahha....buh racun rumpai la woi!
en paya, suruh jer 13may racunkan. dia suka bab2 racun neh. hehe ;)
13may,
pam racun takde weh. Aku tebas kai sabit je. Dah seminggu aku dilanda miang. Tangan merah-merah
cik kema,
hahaha. Jangan kata racun, bom pun terer dia tu
ko dapat upah tak menyabit? ... tu yang berlonggok tu sapa nak kutip pulak? ehhehehe
huhu lalang belakang rumah aku menunggu ko datang jek utk menyetelkannya.. :)
izinni,
yang berlonggok tu tunggu masa nak bakar. Malas aku nak kutip gi buang
wan,
boleh tapi kau kena sediakan mesin rumput. Kalau guna sabit aku tak mahu
Salam.
cikgu, kawan kau luna tu pandai ambil gambarlah. sudut yang menarik. tapi rasanya sudah diphotoshopkan. ha ha ha. kirim salam ya pada jurugambar berbakat tu ;)
oh oh! sudah di'TONG SAMPAH'kan ke rumput yang dah ditebas tu? ha ha ha.
aku masih konpius, kenapa LUNA? kenapa tak Mi atau mi goreng?kenapa Luna?kenapaaaaaaaa????
argghhhhhhh...desyum!!
akira,
dia memang berbakat & gila fotografi. Sanggup habis beribu2 beli kamera. Salam dah disampaikan dan dia tengah kembang semangkuk
kak luna,
hahaha. Luna tu hanya id fotografi dia saja. Selalunya kami panggil dia "neraka"
huh.. kutuk aku.. aku sumpah blog ko nie jadi lalang kg.. huhu..
ps.. dulu mase aku kene pilih nick name utk register satu forum.. 3 kali aku aku isi form register tu. duk sume nick org dah gune.. last2 aku termanpak pensel kale adik aku.. so aku pn test la LUNA.. boleh la plak.. so sampai la sekarang aku pakai nick nie. LUNA5065 Or luna
sekian..
Tu dia "neraka" datang bagi komen. Kau tak nak iklankan bisnes ambil gambar pengantin ke. Tak pun iklankan kekacakan kau tu. Hahaha
salam,
nak jejak kaki kat sini sat..
rasanya sewa mana2 lembu untk menyelesaikan rumput2 tu mnkin berkesan kot..
(",)
kalau ko bakar rumput tu .. aku panggil abang JAS! hahahahha
bang gugar,
nanti rumah aku penuh dgn baja organik pula
izinni,
sekarang musim hujan la. Aku bakar asik padam je
tu la ko rugi... masa aku tunjuk skill mesin rumput ko x nak bgtau.. kalau tak bleh aku tolong... tapi tolong tengok je pun... hahaha ;p
dude!
ha ha ha. dah dinyahkan ke belum lalang-lalang kau tu? lepas ni bolehlah buat spot cek kat rumah kau ek. erk, maksud saya, spot cek depan rumah ajalah.
achik,
Hek! Di rumah aku ni, dah ramai yang tukang tengok je. Aku pernah digelar orang gaji
akira,
nak spot check sampai ke dalam rumah pun boleh ;)
takde jumpa duit ke dalam timbunan lalang tu?
kalau ada duit la pa'chik, dah lama lalang tu setel
Erk... dah botak..
Post a Comment