Sunday, April 29, 2007

Menang

Saya mencadangkan kita meraikan kemenangan kita di Ijok dengan sekali lagi buat terjunan di Kutub Utara. Kali ini bukan Putra mat rempit. Tetapi Puteri minah rempit pula. Kalau terjun berduet pun elok juga. Ternyata terjunan begini dapat mengurangkan masalah rempit. Jangan bimbang, rakyat suka. Kan majoriti kita di Ijok semakin meningkat. Rakyat juga turut menangis terharu apabila melihat mat rempit yang terjun tu menangis kat tv. Masalah penaja? Tiada masalah. Kita cilok sikit peruntukan yang dah dijanjikan kepada penduduk Ijok. Eh, silap. Bukan cilok. Kita pakai dulu. Esok-esok kita bayar. Tak esok lusa. Tak lusa...


Yang Benar,
Keris Tegar.

p/s: kalau buat terjun berduet, jangan lupakan saya. Saya pun putera juga.
____________________________________________________

Aku nak promosi fotopages member aku, Luna. Pada aku teknik shooting & editing dia cun & kemas. Jeles gua. Aku tak nak puji lebih-lebih, korang tengok la sendiri

Tuesday, April 24, 2007

....

Kawan aku yang seorang ini. Ramai yang tak tahan dengan dia. Dia kepala angin. Memang dia kepala angin. Ramai yang cakap dia serius orangnya. Tapi aku pulak rasa dia kelakar orangnya. Dia memang tak pandai buat lawak tapi aku tetap rasa dia lawak.

Satu pagi. Sebelum kawan aku bersanding petang tu.
“Hello cikgu. Kau free tak”
“Free. Apsal kawan”
“Teman aku pergi bandar”
“Eh! Kau nak sanding kejap lagi. Sempat ke?”
“Sempat. Penting ni cikgu”

Di bandar. Di kedai pakaian yang amoinya tersenyum saja. Dan benda penting itu ialah beli seluar dalam. Mungkin pada orang lain tak lawak. Tapi aku ketawa besar time tu. Kenapa ya beli benda ‘penting’ tu sebelum bersanding? Kawan. Macam-macam ragam.


TERMENUNG DIIRINGI LAGU SELAMAT PENGANTIN BARU.


Satu malam. Bapak kawan baik aku datang rumah. Bukan kawan seluar dalam tadi. Kawan yang lain. Ajak aku berbual di bangku bawah pokok rambutan. Dengan muka keruh. Macam nak gaduh.

“Cik tak suka kau kawan dengan anak cik. Cik tak suka kau ajar anak cik buat benda jahat. Dia ada anak bini. Kalau jadi apa-apa kat dia bla bla bla bla”

Malam itu juga. Selepas bapak kawan aku balik.
“Hello. Jom kita keluar. Minum-minum” Kawan baik aku yang bapak dia datang tadi.
“Jom. Aku ada cerita ni kawan. Kau buat taik. Kau jual nama aku ye?” Aku.
“Eh! Apsal ni kawan” Kawan baik aku yang bapak dia datang tadi.
“Ambik aku. Nanti aku cerita. Jangan cakap dengan bapak kau, kau nak gi rumah aku” Aku.

Aku peduli apa bapak dia tak kasi kawan anak dia. Bukan aku yang ajar anak dia. Kawan. Macam-macam ragam.


TERMENUNG DIIRINGI LAGU KOPI DANGDUT

Wednesday, April 18, 2007

Platonik

Semalam aku makan tengahari megi cap mie sedap. Sambil tengok tv. Wanita Hari Ini. Topik hubungan platonik. Hubungan akrab berlainan jantina. Hubungan yang ikhlas. Bukan hubungan intim bukan hubungan sulit bukan hubungan menjurus ke arah seks kata tetamu jemputan.

Pengalaman aku. Hubungan platonik selalunya berakhir dengan sesuatu yang tak sepatutnya. Sama ada perempuan cair atau aku yang cair. Perempuan kalah dengan keprihatinan dan aku kalah dengan keseksian. Hahaha. Jadi aku buat kesimpulan kalau nak jalin hubungan platonik, aku kena kurangkan sikit tahap prihatin. Dan aku tak boleh jalin hubungan dengan perempuan seksi.

Sekarang aku ada sorang kawan rapat. Bib namanya. Oleh sebab kami ikhlas, kami tak rahsiakan dari pasangan masing-masing. Tunang aku tahu, dan boyfriend Habibah pun tahu. Aku pernah jumpa dengan boyfriend Bib. Cuma aku belum ada peluang nak kenalkan tunang aku. Yang ini pun penting juga. Kalau kamu iklas, kamu tak perlu sembunyikan. Kalau kamu sembunyikan maknanya kamu ada niat lain. Niat gitu-gitu. Kamu tak ikhlas.



Bib dan pasangannya. Very sweet couple. Bukan aku tau. Kalau aku bergambar denga Bib macam tu, bukan platonik namanya. Harus kena pelangkung.

"Kau letaklah kau dengan Bob" Housemate aku.
"Platonik tu berlainan jantina la" Aku.
"Ye ke" Housemate.

Untuk tidak menhampakan housemate aku tu. Aku letaklah gambar aku dengan Bob. Platonik terlarang. Hahaha.



Tu dia. Berani mati. Komen terlarang harus dielakkan. "Lawan pedang" tidak dibenarkan.



Sungguh. Sumpah. Korang percaya la cakap aku. Aku tak buat. Oit!!! Korang dengar tak apa aku cakap ni.

Friday, April 13, 2007

Kluang Terchenta

Kali ni aku nak cerita sikit pasal Kluang. Sikit je, kalau panjang lebar bosan pula orang membacanya. Kluang ni dapat asal nama daripada sejenis binatang. keluwang. Betul ke ni aku eja. Binatang ni ala2 batman tu la.





Oh..Sekarang Kluang dah maju sikit. Dah ada panggung wayang. Sebelum ni ada juga tapi yang jenis sebuah-sebuah tu. Tak best tul, tak suka aku tengok wayang kat situ. Sebelum ni kalau aku nak tengok wayang terpaksalah aku ke Batu Pahat. Semata-mata nak tengok wayang je, alahai... Kadang-kadang terpaksalah aku tengok CD cetak rompak yang sarikatanya ntah apa-apa ntah. Busuk tul orang yang translate tu ek. Janji ada sarikata je.



Yang ni pula kopitiam KluangRail Coffee. Lama dah kopitiam ni. Sejak dari tahun 1938. Terkenal dengan kopi yang harum dan roti bakar yang shedap. Sekarang kopitiam ni dah banyak buka cawangan di luar Kluang. Cawangannya sikit punya moden tapi kopitiam yang asal tetap simple. Nak kekalkan nostalgia. Kalau di Kluang, selalunya kamu kena beratur untuk dapatkan tempat duduk sebab orang ramai, tempat duduk tak dapat tampung jumlah pelanggan.



Gunung Belumut ni terletak dalam kawasan kampung aku. Airnya sejuk sangat. Aku suka mandi kat sini. Mungkin sebab tu juga aku tak suka mandi laut. Dulu sebelum masuk ke kampung aku, ada ladang teh. Ala2 cameraon siot. Tapi sekarang dah takde. Katanya nak buat projek perumahan pula.

Mak: Buku tabung haji induk hilang. Nak buat buku baru kena matikan stem kat LHDN dan perlukan saksi kata orang tabung haji.
(aku panggil mak aku induk)

Aku: Habis tu macam mana ni.

Mak: Kena buat buku baru la.

Aku : Induk nak orang balik kampung ke. Orang memang nak balik ni. Rindu pulak

Mak: Kau ada duit ke nak balik

Aku: Takde. Tapi kalau nak suruh orang balik mak masukkanlah...

Mak: Tak payahlah balik. Tunggu bulan 5 je la nanti.


Ceh! Tak sempat aku nak habis cakap. Mak aku dah cakap tak payah balik. Induk memang kijam. Kijam! Kijam! Kijam! Mencik! Mencik! Mencik! Aku je sorang yang rindu. Macam ni aku nak lari dari rumahlah. Membawa diriku yang kecik hati ini.

Thursday, April 12, 2007

Lalang Lagi



Kadang-kadang apa yang digambarkan itu tidaklah seindah mana. Kadang-kadang apa yang diceritakan itu tidaklah sehebat mana. Mata dan telinga kita sentiasa terdedah dengan kebohongan. Apa yang kita baca, apa yang kita dengar, apa yang kita lihat tidak semestinya betul. Di musim-musim pilihanraya kecil ni sekali lagi Bursa Malaysia ditutup tinggi. Sekali lagi beramai-ramai ahli parti pembangkang masuk parti kerajaan. Kenapa? Tak percaya? Tak baik tau tak percaya. Parti aku tak pernah menipu tau. Heh! Ahli parti sendiri pun dah makin tak percaya dengan "korang korang" tau tak. Dah tu apa kena mengena gambar lalang atas tu. Cantik kan gambar lalang tu. Tapi jangan tertipu, tu lalang kat rumah aku (hasil lensa kamera teman serumah, luna aka Helmi). Di gambar saja cantik, keadaan sebenar tak cantik pun. Memang patut ditebas. Dibuang. Tapi gambar selepas dibuang. ditebas tak cantik.



Betul kan tak cantik (aku yang snap, sebab tu agaknya tak cantik hahaha). Tapi tak semestinya tidak cantik di gambar itu benar-benar tidak cantik. Yang mesti ditebas, diambil tindakan, kita kena buatlah. Kenapa nak dibiarkan saja orang masuk campur pasal agama kita. Sesuka hati suruh itu ini. Kita bukan taksub, bukanlah bangsa yang tidak boleh ditegur. Tapi semua itu berbahaya. Nak ditegur pun biarlah berpada, biarlah beradab. Tersalah kata, terlebih masuk campur boleh jadi rusuhan. Politik, macam-macam. Aku tak paham. Walaupun aku tak paham tapi aku tahu berpolitik juga. Macam entry aku yang sedang kamu baca ni. Konon-konon entry pasal isu semasa. Walhal aku berpolitik, sebenarnya aku nak bagitau seanterio dunia lalang rumah aku dah ditebas. Hahaha. Karam Singh Walia melaporkan untuk SCTV ngetop.

Thursday, April 5, 2007

Indah

Kadang-kadang kita rasa tertekan. Assignment banyak. Tambah malang rakan sekumpulan kita tak boleh diharap. Untuk itu kita perlu tenangkan fikiran. Cuci mata barangkali. Tengok pemandangan yang indah-indah. Perempuan seksi contohnya. Tapi di sini sukar hendak cari perempuan seksi. Kebanyakannya perempuan Melayu terakhir. Dari segi pakaian, yang lain-lain belum pasti. Heh!




Indah sungguh ciptaan tuhan. Fikiran tenang. Setenang air di kali. Alhamdulillah. Memamg benar kata orang. Kehijauan itu dapat menyegarkan mata. Setelah kamu penat mengadap komputer, lihatlah tumbuh-tumbuhan. Terapi mata dan minda.



Sebenarnya aku tak perlu pergi jauh untuk menikmati pemandangan yang indah. Cukup sekadar di halaman rumah. Inilah konsep lanskap rumah sewa kami, rimba raya. Kami bukan malas. Ini memang konsep kami. Kami pencinta alam. Ramai yang kagum dengan kekreatifan kami. Termasuklah Suria Perkasa Hitam. Kamu tak percaya. Lihat gambar di bawah. Itulah motor rasmi Suria Perkasa Hitam, Belalang Tempur namanya.



Oit..Bila korang nak potong lalang ni weh. Aku nak melepak kat luar rumah pun dah malu ni weh. Korang!!! Memang!!!

Wednesday, March 28, 2007

Tak kuasa u ols

Syarat kemasukan baru ijazah sarjana muda pendidikan - menduduki temu duga dan ujian Malaysia Educators Scholastic Inventory (Medsi), mulai sesi pengambilan Jun ini. Supaya calon yang dipilih mempunyai personaliti sesuai sebagai pendidik, seperti bersuara lantang, penyayang dan komited.

Bagus. Sepatutnya temu duga ni dari dulu dah mula. Kalau nak tahu, di UPSI ni terdapat golongan lelaki lembut. Ye, ketika temu duga tu, yang lembut pun boleh berlakon jadi keras. Jadi, tetap golongan macam ni boleh masuk UPSI juga kan. Tapi kalau ‘dorang’ boleh berlakon ketika temuduga, kat sekolah pun boleh buat-buat keras juga kan. Pada aku ok la tu. Daripada kat sekolah nanti langsung tak boleh sorok kelembutannya itu. Siap jalan catwalk lagi. Adeh, mana murid nak respek.

Teringat ketika aku tengok pertandingan silat olahraga pertengahan bulan hari tu. Salah sorang urus setia (lelaki) tu very the sundal u ols. Pakai baju Punjabi jarang sangat-sangat, jalan lenggang lenggok. Gediks amat u ols. Duduk melentik dan mendadakan dada leper dia ittewww. Kejizs sangat tau. Hanjeng. Motif mengediks. Nak ‘makan’ abang-abang silat kah? Ahkak pengsan time tengok tu u ols. Ahkak muntah. Eh..ahkak muntah dulu baru ahkak pengsan.

Aku bukan anti dengan golongan lembut ni. Aku pun ada berkawan dengan lelaki lembut ni. Tapi kawan aku ni pandai sorok kelembutannya walau pun aku gelarkan dia simbol seks UPSI. Hahaha. Maksud aku, dorang kena kawal diri. Dorang sekarang kat UPSI, bukan kat lorong-lorong. Jaga sikit kelakuan.

"Temu duga juga dapat memastikan calon mempunyai ciri-ciri fizikal guru, seperti tinggi dan suara lantang," kata Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Pengantarabangsaan) UPSI, Prof Dr Aminah Ayob. Ohhh…Nasib baik baru sekarang nak buat temu duga. Kalau tak, aku yang tinggi sangat-sangat ni tak dapat masuk agaknya. Hahaha