Monday, February 26, 2007
Dulu: 2003
"Hello. Cikgu PayaKubor ke ni?" Murid perempuan.
"Assalamualaikum. Ya saya. Kamu siapa" Aku.
"Cikgu, malam ni cikgu pakai baju kaler apa?" Murid perempuan.
Klik! Malas aku nak layan murid yang macam ni. Aku pasti murid tadi murid darjah 6 kerana malam itu aku ada kelas tambahan untuk tahun 6.
"Cikgu, saya tak paham soalan ni." Murid perempuan. Juga darjah 6.
"Macam ni. Bla bla bla." Aku.
Aku menerangkan soalan matematik tersebut di meja pelajar. Sedikit tunduk dan rambut aku 'jatuh' menutup dahi. Murid itu membetulkan rambut aku. Sempat pula dia mengusap pipi aku.
"Kauuuu!!! Fahamkan apa yang cikgu ajar. Bukan sibuk nak pegang cikgu"
"Saya geram tengok cikgu"
Aku mati akal seketika. Hampir tak percaya. Aku dicabul murid darjah 6. Hahaha.
Aku pernah cerita tragedi cabul di atas pada kawan aku. Reaksi yang mengecewakan. Kawan aku cakap, "kau nak cerita yang kau ni handsomelah. Banggalah tu."
Ya, aku tau aku kacak hahaha. Tapi aku tak bangga dingorat murid darjah 6. Aku rasa cukup malang. Murid darjah 6. 12 tahun. Belum dapat berfikir dengan betul. Paling penting aku tak berjaya mendidik anak murid aku.
Murid sekarang tidak sama dengan murid dahulu. Tindakan mereka kadang-kala di luar jangkaan kita. Mereka sudah terdedah dengan seks dan ada yang sudah menonton filem lucah. Melihat ibu bapa sendiri berjimak.
Sekolah rendah + usia mentah + tengok filem lucah = miang sebelum dapat berfikir dengan baik. Musibah.
Friday, February 23, 2007
Mengarut.
Kesihatan Kak Nah kurang memuaskan. Sekarang dia dirawat di Johor Specialist. Baru lepas menjalani pembedahan.
Kak Nah sekeluarga menetap di Lahad Datu. Jiran-jiran dan pekerja-pekerja di Lahad Datu menganggap Kak Nah mati hidup semula. Ketika Kak Nah sakit teruk, mereka membacakan surah Yasin beramai-ramai. Mereka sangkakan Kak Nah sudah tiada harapan.
Syukur. Umurnya masih panjang. Tetapi timbul pula cerita lain. Menurut 'orang tua bijak pandai' di sana, Kak Nah ditegur oleh moyang kami ketika kami melawat kubur arwah. Maka kami dikehendaki melakukan 'sesuatu'.
- Kami perlu buat kenduri arwah untuk moyang kami. Tidak menjadi masalah. Tiap-tiap tahun pun kami akan buat kenduri.
- Kami perlu hantar sepersalinan ke kubur arwah. Songkok, kain pelikat dan baju.
Syarat kedua ni masalah besar bagi kami. Boleh terpesong akidah percaya benda khurafat ni. Lagi pun, hahaha. Moyang aku tu perempuan la weh. Apa kejadah songkok kain pelikat segala. Hahaha. Sengal punya orang tua. Karut tahyul. Ayah Pin tul.
Thursday, February 22, 2007
Air Kotak.
"Siapa belum dapat air kotak. Yang baru naik semua dah dapat air ke belum. Siapa lagi nak air kotak" Abang bajingan.
Aku bertentang mata dengan abang bajingan tu berkali-kali. Agaknya abang tu fikir aku nak air kotak dia kot.
"Kau dah dapat air kotak ke?" Abang bajingan.
"Belum tapi aku tak nak" Aku yang tak bajingan.
Aku tengok abang bajingan tu bukan sebab nak air kotak. Tapi sebab aku meluat tengok orang-orang meniaga cara macam ni. Gaya macam nak bagi percuma tapi sebenarnya menjual.
"OK. Dah takde lagi yang nak air kotak kan? Yang ambil air kotak tadi bayar 2 ringgit. 2 ringgit! 2 ringgit!!" Abang bajingan terjerit-jerit ganas. Macam apek mabuk kalah judi. Memekak saja. Picthing lari. Suara tak sedap.
"La! Ingatkan free tadi" Ngadu seorang cewek kepada cowoknya. Si cowok dengan muka masam-masam manis keluarkan duit seringit empat helai. Aku tengok ada dua tiga penumpang lain bayar macam terpaksa. Ternoda dek umpanan air kotak.
"Saya tak nak air kotak ni bang. Ingatkan bas kasi free tadi" Seorang gadis bertudung memulangkan balik air kotak kepada abang bajingan.
"Apa kau ingat aku bola ke? Tendang sana-sini. Kalau tak nak lain kali jangan ambik. 2 ringgit pun nak berkira. Kau orang miskin ke?" Jerkah abang bajingan.
Terkulat-kulat gadis bertudung tu. Aku tak tau aku rasa simpati atau rasa lawak. Tapi yang aku pasti abang bajingan tu memang bajingan sangat-sangat.
Wednesday, February 21, 2007
Angpow Tahun Baru Cina.
"Uncle! Laju sikit uncle. Dah merah tu. Kasi lipat baikkk punya" Anak buah aku memberi yang empat orang tu bagi semangat.
Aku dengan bersungguh-sungguh dan penuh dedikasi menekan minyak. Vrommmmm!!! Vroommm!!!!
Tiba-tiba aku rasa aku tahu sebab apa Michael Schumacher bersara.
"Yeahhhhh!!! Uncle memang terer. Boleh masuk F1 ni" Anak buah aku terus memberi semangat.
Aku dah mula berangan aku patut ganti Alex Yoong pada musim A1 GP akan datang.
Tiba-tiba aku terpandang dua orang polis trafik. Tanpa rasa bersalah polis trafik tersebut saman aku kerana melanggar lampu isyarat merah. Ops sikap tiada rayuan atau diskaun polis tu cakap.
"Redha je uncle" Anak buah aku bagi semangat lagi. Juga tanpa rasa bersalah.
Tiba-tiba aku rasa macam nak karate tengkuk sorang-sorang. Bagi semangat konon.
Wednesday, February 14, 2007
Dulu: 2002
"Hahaha. Anak aku dah ramai. Ada jadi navy. Ada jadi spiderman. Ada juga tak jadi orang. Jadi losyen" Iqbal.
Hahaha. Sama-sama gelak. Dulu aku tak gelak. Aku tak paham lawak lucah Iqbal.
Itulah Iqbal. QA/QC kami. India Muslim. Bujang terlajak. 40 lebih masih tak kahwin. Sekarang dah naik pangkat. Projek Manager. Sekarang dah kahwin. Dah ada anak. Dah terbukti memang pandai buat anak. Hahaha. Tak tipu rupanya dia.
Bab kerja kadang-kadang kami menyampah dengan dia. Emm..selalu jugalah.
Aku dapat sms dari Najib.
kdg2 kita MEMANG tak suka ATAU menyampah kat seseorg tu,tp bila dia dpt keSEDIHan,tumpang sedih jgk,emak iqbal meninggal semlm..
Sms aku salin sepenuhnya tanpa edit walaupun koma atau titik. Kami dari dulu memang tak reti taip sms yang terlalu banyak singkatan. Baca sms banyak singkatan buat aku pening kepala. Aku tak paham. Tok Ketua sakan gelakkan aku. Taip sms panjang-panjang. Sebutir-sebutir.
Al-fatihah. Eh..aku lupa mak Iqbal dah masuk Islam ke belum.
Bandaraya Tanjung Malim.
"Apa kes mamat ni nak ajak aku pindah. Nak duduk berdua je ke. Bahaya ni. Ternoda aku nanti" Aku berfantasi jahat dalam hati. Hahahaha.
Sewa rumah di Tanjung Malim memang agak tinggi. Tak sepadan dengan taraf pekan koboi. Sebab tu aku panggil bandaraya Tanjung Malim. Membebankan pelajar-pelajar. Tapi sekarang banyak yang dah turunkan kadar sewa. Rumah sewa kurang sambutan.
Baik aku pergi pekan beli komik Pedang Setiawan. Aku salah seorang mangsa komik Hong Kong. Dah lebih sepuluh tahun aku beli komik ni tapi tak habis-habis juga. Padan muka aku.
Pergi bandaraya Tanjung Malim dengan niat sampingan mahu cuci mata.
Aku hampa. Aku kecewa. Hasrat aku tak kesampaian. Aku tak dapat cuci mata. Tiada peha, lurah dan pusat serta perut tayangan percuma. Nampaknya Tanjung Malim masih suci. Cuma segelintir para peniaga di sini saja yang sudah tidak suci. Suka ambil kesempatan. Perah jangan tak perah. Duit pinjaman pelajar tak habis makan. Segelintir saja.
Patutlah mata aku tidak berapa sihat akhir-akhir ni. Sudah lama sangat aku tidak cuci mata rupanya. Mujur tidak lama lagi cuti. Tunggulah kepulangan aku wahai peha, lurah dan perut. Hahaha
Tuesday, February 13, 2007
Berita Paling Penting
Jumlah kematian dan kemalangan maut melonjak hampir seratus peratus? Biasalah tu. Dah ajal. Ajal dan maut bukankah ketentuan Ilahi. Terima sajalah. Jangan banyak bunyi.
Baca berita dunia pula. Perisytiharan Mekah? Apa benda perisytiharan Mekah ni. Hamas? Fatah? Ni lagi satu ni. Eh! Ni lagi dua ni. Apa benda Hamas Fatah ni. Buat nama kucing bagus ni. Macam cute bunyinya.
Hiburan juga yang menarik. Ada berita pasal Nita. Aku tahu siapa Nita ni. Tahu sangat. Bab-bab hiburan ni akulah orangnya.
Perenggan pertama: Dengan imej seksi mudah menarik minat khalayak. Begitu rupanya. Ya! Aku juga perlu seksi jika aku hendak khalayak minat padaku. Akan aku tayangkan lurah dadaku walaupun aku lelaki. Akan aku pakai pakaian yang paling ketat dan tunjukkan perut dan pusatku. Lihatlah dunia pusatku ini. Eh! Ada tahi pula. Akan aku belah kainku sehingga nampak seluar dalamku. Biar terserlah bulu kaki dan segala bekas-bekas kudis. Malu? Tidaklah, bekas-bekas kudis itu seri kaki.
Perenggan seterusnya amatlah menyedihkan. Sob sob. Gigihnya Nita. Kesiannya dia. Sob sob.
Ya. Aku memang patut mencontohi Nita, idolaku. Hanya menyanyi saja dapat merubah taraf keluarga. Pendidikan tidak dapat buat apa-apa. Tiada pekerjaan lain yang lebih mulia dari menjadi penyanyi.
Nita juga berkata menyanyi itu halal rezekinya. Aku sokong sangat-sangat. Guru agama aku, Guru Yayah juga berkata begitu. Menyanyi di kelab atau di mana-mana halal. Lebih afdal jika menyanyi dengan berpakaian seksi dan gesel-gesel mana yang patut. Jika ada yang stim pahala berganda kata Guru Yahyah.
Aku mesti berubah. Aku mesti mencontohi idolaku. Idolaku adalah artis. Sekarang juga aku akan mula berlatih menyanyi dan bertelanjang.
Pemberitahuan.
Mimpi ngeri di malam Khamis.
Emm…apa nak buat ye..boring sungguh malam ni. Nak merepek merapu meraban mcm tiada idea pula. Emm..kena seru idea skit ni. Kasik nyala rokok dulu. Hehehehe…
Fusss…asap berkepul-kepul gitu. Aha..korang penah tgk tak cite My Girl..korean romantic comedy drama tuh. Ada satu scene tu heroin dia (cute sgt woo..i like) tipu dia punye hero (ensem woo tp takpe la..free pun haku tak hingin), heroin tu ckp..pejam mata pastu kira sampai 10..Dah abis kira nanti..orang pertama yang dia nampak tu lah orang yang hero tu cintai/sayang. Lbh kurang gitu la dia ckp.
Memandangkan aku tgh boring tahap cipan ni..idea pun tarak..aku ingat nak try la idea ni. So aku duk atas kerusi aku ni..pejam mata..kasi pusing kusi aku..kira sampai 10..benda pertama yang aku nampak dalam bilik aku ni kiranya benda yang aku paling sayang la kan..benda yang aku paling cintai la konon.
Bismillah..saspen siot..ntah apa la ek benda yang aku paling sayang..paling cintai nih. Pejam mata pastu kasi pusing..wang besar..wang besar..Eh..focus skit. Wang besar lak..kira 1-10 la..1..2..3..4..5..6..7..8..9..10. Kasik buka itu mata sepet mu..Ek eleh..korang tau apa aku nampak..ATOK (bukan nama sebenar) housemate aku tu. Ni mesti sebab aku tak focus tadi ni. Takkan la si atok ni plak yang aku paling sayang..paling cintai kan..kan..kan. Apa barang dengan atok. Ceh..cuba lagi skali lah. Apa je la yang aku bole wat dgn atok nih.
Ok..Kena focus bebetul ni. Pejam mata..pusing..kira sampai 10 pastu bukak mata. Jeng..jeng..jeng. Dum dum chenggg..(apsal sound effect cina mati pun leh masuk skali ni). Ya Allah..ATOKKK LAGI. Apsal dia ni gak yang aku nampak. Tak leh trima akal tul. Eleh..leh..leh..Ko ingat ko tak pakai baju..pakai tuala je..seksi la ko eh atok. Eh..eh..eh..wat muka cute lak. Ko ingat aku tergoda la. Chettt…
Try lagi wat kali ketiga. Pejam mata..pusing..kira sampai 10 pastu bukak mata dannnnnn..Hahhhhh… TIDAKKK!!!! ATOK lagi. Ceh..tipu la benda ni semua. Apsal la aku asik nampak si atok ni gak. Korang tgk la tu..dah la beliau ni pakai tuala jek..terselak skit plak tu. Eh..tp kan..seksi gak beliau ni kan. Adeh..kesitu plak aku pikir. Ni betul2 merepek merapu meraban dah aku ni. Bahaya tul. Tetiba berdebar-debar lak dada ku. Betulkah aku sayang aku cinta kat atok. Kena sembahyang tobat ni.
(sambil menuju ke bilik air..sempat ku merenung atok yang sedang menggigit roti..Isk..isk..isk..memang seksi la atok ni. Kompem seksi. Meowww… Astaga..apa yang aku pikirkan ni. Ya Allah!!! Kembalikanlah hamba mu ini ke ‘landasan’ yang benar..)
PERINGATAN : CERITA INI ADALAH REKAAN SAHAJA. PEREPEK MASIH BELUM TERPESONG LAGI. ELIS..I STILL NORMAL. U JGN RISAU YE. WATAK ATOK JUGA HANYALAH REKAAN SAHAJA..TETAPI JIKA ADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK BERKENALAN DGN ATOK YG SEKSI ITU..HARGA BOLEH RUNDING MAAA…



